Click for BEST OFFERS

Followers

Sunday, January 16, 2011

~Mas Kahwin~

Salam readers!

Just nak share pasal Mas kahwin @ Mahar



Mas Kahwin @ Mahar

Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

  

Hukum Pemberian

Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah.



Kadar Mahar

Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :

" اعظم النساء برآة أيسرهن مؤنة "
Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar ).


(Ref: http://www.islam.gov.my)



Kadar mas kahwin yang telah ditetapkan oleh JAKIM adalah seperti berikut;
 
Bil.
Negeri
Nilai
1
Johor
22.50
2
Melaka
40.00
3
Negeri Sembilan


a. Bukan Waris
b. Ahli Waris
c. Kerabat Diraja di Wilayah
24.00
48.00
725.00
4
Selangor


       a. Puteri Sultan
b. Puteri Raja Muda atau Puteri  kpd Putera Sultan yg bergelar
c. Puteri Kerabat
d. Puteri Anak Raja (Waris)
    Puteri Anak Raja (yang lain)
e. Anak Perempuan org-org
    besar
f. Cucu orang besar
g. Orang Kebanyakkan
2500.00 2000.00

1000.00 550.00
300.00 300.00  

200.00 80.00
5
Kuala Lumpur
80.00
6
Perak
101.00
7
Pulau Pinang
24.00
8
Kedah

9
Perlis

10
Pahang
22.50
11
Terengganu

12
Kelantan

13
Sabah
100.00
14
Sarawak
120.00
15
W.P. Labuan
80.00

Ni untuk anak dara, if janda, biasanya separuh nilai dari anak dara. Huhu.


Sebenarnya, pemberian mahar suami adalah sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.


Tapi rasanya, Selangor naik jadi RM300 kan? Rasanya tak menjadi masalah mas kahwin nilai camtu,sebba yang ni wajib. So adjust nilai wang hantaran mengikut kemampuan.



Have a nice day readers!
Tata

3 comments:

Elya Roza said...

good info dear:)

kitakesitu said...

thanks elya, sharing is caring, sama-sama kita tambah ilmu =)

mscoffeecat said...

exactly..tak de mslh sbnrnye klau mahar mahal sbb ini yg wajib..yg hantaran tu boleh adjust. :)