Salam readers!
Hari ni dapat dua berita di awal pagi, yang sedih dan yang gembira.
Pagi ni dapat berita perginya tok sedara. Dah lama juga sakit dan last sekali berkesempatan melawat minggu lepas. Masa tu pun kebetulan lepas dia jatuh tersembam sebab jalan sendiri nak ke bilik air. Kaki bengkak. Mula terpikir, betullah sebuah kematian bertujuan meningatkan kita tentang kehidupan di dunia ini bukanlah kekal. Apa yang kita perlu sekarang ialah bekalan ke akhirat. Namun perlu juga keseimbangan dalam meniti hari-hari di dunia ini. Kisah kematian juga bertujuan menyedarkan keluarga, saudara, rakan-rakan juga teman seagama tentang realiti kehidupan yang sebenar. Cuba tanya diri sendiri, cukup ke bekalan kita nanti? Lengkap solat? Puasa? Zakat? Kelakuan kita selama ni bagaimana pula. Aduh, berat sekali persoalan ni. Kena muhasabah diri untuk kaji kelemahan dan perbaiki serta tingkatkan amalan.
Berita gembira pula bila sv tiba-tiba baik hati nak allocate grant tuk byr elaun lagi even my schorlarship dah habis. Aiseh. Kena kerja lebih keras. Nak abiskan cepat-cepat. Yes, that the spirit!
Semoga dipermudahkan segala aktiviti kehidupan kita. Amiin.
Have a nice day my luvly readers.
Tata
No comments:
Post a Comment