Click for BEST OFFERS

Followers

Showing posts with label pelamin. Show all posts
Showing posts with label pelamin. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

~Review pelamin~

As salam lovelies!


Terima kasih atas ucapan tahniah dan doakan kami.

=)
Moga kehidupan kita lebih bermakna dan dipermudahkan olehNya untuk setiap saat.

InsyaAllah.




Ini pelaminku.

Munga-munga.

Alhamdulillah, ramai berkenan.

=)



Have a nice day!



*Sila klik untuk khidmat sewaan

Jom jengok ke jualan blouse anggunku skali ye lovelies,
Muslimah Vogue Shop.

Really appreciate ur time darl =)


Wednesday, October 26, 2011

~Kisah bantal nikah~

As salam lovelies!

Alhamdulillah, lepas post sewa bantal nikah di sini, banyak permintaan.

Oh ye, untuk sewaan, boleh hubungi i di kitakesitu@gmail.com ya.



Alkisah dengan penyewa bantal nikah seorang ni, agak kelakar.

Sebabnya akak i ajak teman pergi kenduri kawen kawannya, di Putrajaya.

Sebelum tu, dah siap bercerita sakan tentang kad kawen kawannya tu yang unik, macam kulit buku sekolah kita dulu.

Lepas tu terpacullah nama si pengantin.

Terkezut i, sebab si dialah yang menyewa bantal nikah ritu.

Hehe. Betapa keciknya dunia ni.

Jom layan picca Puan Sofa yang cantik.



Ni semasa akad nikah.



Untuk majlis resepsi, turqoise warna pilihan.

Pelamin yang simple yet menarik, dihiasi dengan lantern-lantern.


Guestbook corner juga dihiasi indah.



Cantik kan =)

I doakan perkahwinan Sofa dan suami dirahmati Allah, amiin.


Have a nice day!

Saturday, February 26, 2011

~Contest mesti menang (Pelamin, Busana, Hantaran Impian)~

Salam lovelies!

Join contest anjuran Cik Tatie manis.


...
...
...


Bila dewan sudah dibooked, MUA sudah confirmed, NOW, masa untuk memikirkan pasal PELAMIN, HANTARAN, dan BAJU.. bagaimana bentuk pelamin yang sesuai, dan warna dan tema. Jadi, untuk memudahkan kerja Tati, Tati ingin mengadakan CONTEST bagi mencari idea untuk Majlis Tati nanti. Caranya senang, hadiahnya juga lumayan.. Apa yang anda harus buat, adalah memikirkan, mencari dan elaboratekan idea anda itu.... Mudah bukan?

Cara-cara nak sertai contest ini adalah :=
1) Anda perlu google (ATAU design sendiri)
- 1 gambar pelamin nikah/pelamin kahwin paling anda suka
- concept hantaran impian anda
- baju pengantin impian anda
2) Setiap gambar itu haruslah mempunyai caption yang tersendiri
3) Buat satu entry mengenainya, dan entri anda itu haruslah dimulakan dengan ayat ini... "Perkahwinan saya lebih lengkap dengan adanya pelamin, hantaran dan baju ini kerana......"
*bebas kepada anda berapa patah perkataan pun asalkan kreatif*

Hadiah-hadiahnya adalah :

Hadiah Utama
-wang tunai bernilai rm250
-2 keping tiket wayang di Cathay Cineplexes Platinum Movie Suite
-1 hadiah misteri

Hadiah Tempat Kedua
- sepasang kasut dari HEY GILFRIENDS
- sehelai baju dari MNG
- Wang Tunai rm50

dan
5x hadiah saguhati misteri

ALERT!!! tanpa ini, penyertaan anda tidak sah

1) Follow blog ini terlebih dahulu
2) Jangan lupa save banner ini sebagai bukti anda sertai contest ini
-cara nak save banner , tekan right click untuk dapatkan code banner
3) Pamerkan banner dan link blog ini di akhir entry anda:
4) Jangan lupa link-kan penyertaan anda ke entry ini (PENTING)
5) Bagitau rakan-rakan anda yang lain mengenai contest ini

Tarikh tutup penyertaan :
31 March 2011

-----------------------------------------------------------------------------

 Pelamin Perkahwinan impian

Pelamin dari Rins Suzana ini berkonsepkan english style, vintage dan memukau tiap mata yang memandang. Background yang unik, dan keseluruhan pelamin nampak ringkas, moden dan kontemporari serta mampu mencipta suasana indah dan romantis, memberi aura serta mood romantik pasangan mempelai.


  Baju perkahwinan impian

See...macam cinderella's dress kan. WoW! Busana ini menjadi pilihan kalbuku sebab buatkan i terasa diawang-awangan, ibarat fairy tale wed pula. Bila memakainya pasti merasakan kecantikan terserlah, kerana ketelitian manik-manik yang ditabur indah, design yang menarik (ada teknik ropol-ropol di sisi dress) ini akan membuatku rasa yakin tampil di khlayak ramai. Love it damn much.


Oh ya, perlu dipadankan dengan kasut ini.
Akan menjadikan i persis cinderella teragung di abad millenium ini. =D


Konsep hantaran impian


Gubahan hantaran by Arma ni sangat menepati citarasaku kerana sangat eksklusif, berkonsepkan padanan moden dan tradisional. Menggunakan bunga-bunga segar dengan kombinasi warna yang lembut (tapi i prefer warna yang agak terang sebab dalam gambar nanti lagi teserlah), nampak manis bergaya. Diserikan lagi dengan bekas hantaran berunsurkan ukiran tradisional. Indah sekali.



Akhir sekali, kena lengkapkan ayat ini...

Perkahwinan saya lebih lengkap dengan adanya pelamin, hantaran dan baju ini kerana saya amat menggemari konsep gabungan yang moden kontemporari, serta sedikit mode tradisional. Dekorasi pelamin berkonsepkan english style dan vintage yang dipenuhi rimbunan bunga, hantaran yang simple menggunakan campuran bunga segar pelbagai warna dan jenis yang mencipta rasa, serta pilihan busana persis puteri raja yang trendy tetapi masih mengekalkan kesopanan dan adab budaya melayu. Ya, saya pasti bahagia jika impian ini termakbul! Weee.


Thanks Tatie dearie buat contest ni...hehe buat i berangan lagi.

Have a nice day!


Jom LIKE Muslimah Vogue Shop jom! Tqvm. =)

Monday, January 24, 2011

~Panduan Perkahwinan Budget Sederhana (Part 3)~


Salam semua!

Nak sambung panduan si budget Part 3 ni.


7. Pelamin

Buat tinjauan dari pelbagai butik dan sesuaikan dengan budget anda. Dapatkan quotation dan buat pilihan bijak dengan melihat pakej ekonomi, atau gabungkan majlis untuk mendapat harga yang lebih berpatutan.

(Ref: http://www.facebook.com/Butik-Pengantin-Kusha-Weddings-Events)


8. Make up

Jika anda hanya mengambil pakej solekan dan dandanan sahaja, sudah tentu harga agak mahal. Apa kata anda rangkumkan dengan pakej pelamin, busana, dan aksesori. Sudah tentu pakej yang ditawarkan juga menepati budget anda.

(Ref:http://www.facebook.com/dlaramli)


9. Photography

Utamakan budget untuk gambar dan rakaman majlis perkahwinan anda kerana ia hanya akan berlangsung sekali seumur hidup. InsyaAllah. Pastikan anda memilih jurugambar yang tepat supaya dapat merakamkan saat manis anda berdua, serta kemeriahan majlis tersebut.

(Ref: http://www.facebook.com/Kamerakapok-Photography)


Dah cerita 6 perkara yang perlu diambil kira sebelum ni.
Dah baca?

      Part 1 (Tarikh, Lokasi, Duit hantaran & Mas kahwin)
Part 2 (Cincin perkahwinan, Baju bersanding, Bunga telur/Cenderahati)


Have a nice day readers!
Tata

Saturday, January 8, 2011

~Hot! Pedas! Panas! Tulips Wed Theme~

Salam readers!

CST dan Lynda Rahim Kuala Lumpur sedang anjurkan contest. 



Syarat-syaratnya seperti berikut:

Objective
- Bagi meluaskan lagi konsep dan idea-idea yang dibawakan oleh CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR.

Tumpuan
- Para blogger, para facebooker,

Bagaimana utk menyertai
- Tukarkan picture profile anda kepada picture profile sama seperti CST PRODUCTION dan LYNDARAHIM KUALA LUMPUR sepanjang contest ini berlangsung (6 Jan - 20 Jan 2011)
*Picture profile boleh di download dari www.cstproduction.com/contest
*Jangan lupa setkan thumbnail picture profile anda kepada gambar chili merah tu. lihat panduan pada profile CST.
- Updatekan status anda kepada "What's Hot is Gettin Hotter" dan tag kan CST PRODUCTION & LYNDARAHIM KUALALUMPUR (sekali update sahaja, tak perlu biar sampai 2 minggu, huhu)
- Pilih salah satu tajuk di bawah dan olahkan secara paling creative di dalam blog anda atau facebook notes:
1) My Dreams "Wedding". (anda boleh ceritakan konsep wedding yang anda impikan)
2) My Dreams "Love Story". (anda boleh ceritakan jalan cerita cinta yang anda impikan / kisah benar anda)
3) My Dreams "Any Event" (anda boleh ceritakan apa sahaja yang anda impikan disini)


- Dan diakhir penulisan, letakkan logo CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR beserta link ke www.facebook.com/cstproduction & www.facebook.com/LYNDARAHIMKUALALUMPUR    
- Logo boleh download di (www.cstproduction.com/contest)   
- Kemudian emailkan penyertaan anda kepada cstproduction@gmail.com
1) Nama anda
2) No Tel anda
3) Facebook ID anda
4) Link entry blog anda / link entry facebook notes anda
5) Tarikh Majlis anda (Jikalau berkaitan)

Hadiah?
- 1 event full coverage by CST PRODUCTION (Majlis pernikahan / Persandingan / Pertunangan / Aqiqah / Birthday / etc... )
- 1 set wedding Dress Bride & Groom (worth RM4000++) by LYNDARAHIM KUALA LUMPUR.
- Hadiah ini valid sehingga 1 Jan 2012 sahaja.
- Hadiah boleh di tukar milik.

Siapa yang boleh join?
- Sesiapa yang mempunyai blog dan facebook yang meminati hasil kerja CST & LYNDARAHIM.
- Sesiapa yang ingin berkahwin.
- Sesiapa yang ingin menghadiahkan hadiah utama ini kepada kwn2 atau adik beradik. 


Pengadilan
- Pihak kami akan memilih pemenang berdasarkan penceritaan yang menarik dan voting dari para pembaca. 70% daripada voting & 30% daripada Juri CST & LYNDARAHIM. 

Tarikh Tutup penyertaan
- 6 Jan - 20 Jan 2011 (Penyertaan)
- 21 Jan - 31 Jan (Online Voting)

Sebarang pertanyaan
- Hubungi 03-41050843

*Now you can start Dreams for Something.. GOOD LUCK.. 





Dah baca?

Saya pilih tajuk pertama, My Dreams "Wedding".



Impian perkahwinanku hanyalah sebuah wedding yang sederhana. Indah, wangi, dan suwiiit. Impikan garden wedding, tapi bertempat di dewan. Cop, tapi nak tulips ya. 


Kenapa pilih tulip?
Sebab ianya pilihan klassik dan juga symbol cinta, affection, and enchantment, juga sentuhan segar yang elegen and classy. Dengan stemnya yang panjang, kelopak yang lembut, dan lavish blooms, sudah pasti perkahwinan ini nampak sungguh romantik, dan special.


Maka dengan ini, Tulips wedding theme menjadi idaman kalbu. Eheh.



Ok, sedang berangan-angan dengan rancaknya. Hehe. Fikirkan semua persiapan sedari kad jemputan, door gift, pelamin, tulips bouquet, busana indah, centerpiece, juga dekorasi dewan yang penuh dengan bunga tulip. Wow!




Jom layan sama jom. Kita layan satu-satu eh.


Kad Jemputan
 Sudah pasti ada tulip-tulip. Biar simple tapi indah.



Door Gift
Door gift pun nak bagi tulips choc macam kat bawah ni. Cute kan?
Choc lambang kegembiraan.


  
Tak pun, nak bagi lollipop kepada tetamu. Still tulips ye. Hehe.
  

Pelamin
Nak macam ni versi tulip tau. 



Hand Bouquet
Nice and Sweet!








Busana 
 Suka modern wedding dress versi muslimah.
Nak yang kembang-kembang boleh? Hehe ala-ala princess gitu.

Lynda Rahim Butik sure ada kan?kan? =)

 Ok, jumpa this lovely dress by Lynda Rahim. 
Superb!!! Classy habis. Fullstop. =p



Centerpiece
Berinspirasikan gambar-gambar ini







 Kek



Dekorasi Dewan
Pening. Sebab semua nak kena hias dengan incek tulip sekeluarga lagi. Hehe.


Banyak-banyak.


Photographer dan Videographer
Sudah pasti mau dari CST Production. Terbaik di muka bumi ini.



Sudah-sudah. Makin banyak, makin berangan ko ni la.
Hehe tapi mana tau segala impian akan jadi kenyataan.
Memang syukur sangat-sangat kalau termakbul.


Sebelum tu, nak ucapkan special thanks to

dan 


sebab bagi saya realisasikan impian ni. Ups eh blum lagi ye. Takpe takpe doa tu. =p . Thanks sebab mendorong untuk berangan, Yeeha.




Have a nice day readers!
Tata

Sunday, November 28, 2010

~Dina Halim Bridal Boutique Online Contest-Dari Mata Jatuh ke Hati~

Salam readers!


Ni contest kawen-kawen dari Dina Halim Bridal Boutique.
Bestnya.






Sebelum tu, nak cerita sikit pasal butik ni.

Merupakan butik pengantin yang mengetengahkan pakaian muslimah.
Menyediakan perkhidmatan lengkap dari pelbagai jenis pelamin, baju nikah dan sanding, dekorasi dewan, sehinggalah fotografi. 


Cara nak hubungi?
Kak Nad baru berpindah, alamatnya seperti berikut.
No. 121-2, Jalan Prima Sg 5, Prima Sri Gombak, Batu Caves
012-3445672
012-6509550




Berbalik pada contest yang dinyatakan td, syarat-syaratnya di sini.

Gambar ini merujuk kepada "kami" di hari pertunangan pada 25 September lalu. Bahagianya rasa. 

(uppz, pix da diremove)


Ok, mari ikuti kisah percintaan kami... 

Kisah ini terjadi kurang sepuluh tahun dahulu. Kami sebaya. Sekolah kami berbeza tapi masih di daerah yang sama. Si dia merupakan anak murid kepada kakak saya. Ehe. Saya sendiri tidak pasti apa yang telah kakak saya sampaikan pada kelasnya berkaitan saya.  Kisahnya bermula bila si dia mendengar nama saya buat pertama kali dari bibir gurunya itu. Aneh.  Sebabnya orang lain cinta pandang pertama tatkala pertemuan pertama, tapi kali ini hanya kerana nama, belum bertemu tuannya. Rasa di jiwa si dia meronta-ronta untuk mengenal diri ini lebih dekat lagi. Semangat inkuairi betul-betul kuat.

Misi pencarian mengenali saya dilakukan dengan susah payah. Bagaimana? Dia ligat memikirkan cara untuk mendekati saya. Eh, kenal pun belum, agak-agak macamana ye nak dekat? Hehe. Alkisah, misi itu seakan-akan hampir berjaya bila dia jumpa kawan sekelas saya semasa sama-sama menyertai kem kepimpinan yang turut dihadiri oleh wakil-wakil pelajar sekolah sekitar daerah kami. Momen ini pastinya beliau tak dapat lepaskan. Yes yes! Terus tanya email address saya.

Hati girang dan tak sabar menantikan email berbalas. Rupa-rupanya kawan saya bagi email yang salah padanya, mungkin tertinggal underscore “_”. Haish. Patutla mesej tak sampai. Dia tak putus harapan. Terus reka-reka email yang berhampiran @ agak logik untuk email saya. Luckyly, he got it! Wee. Oh, sungguh berusahanya dia.

Then, bermulalah kisah kami berbalas-balas email, chatting. Balik sekolah terus campak beg, buka komputer. Hehe stokin, tudung  pun tak sempat nak buka. Fenomena ini sangat dasyat. Bil internet melambung. Kena potong. Resah. Gundah gulana. Pergi cc pula cari alternatif. Tapi tak boleh seaktif dulu. Jadi, mula berjinak-jinak guna telefon rumah pula. Curi-curi. Almaklumlah masa dulu hp belum meluas selain saya memag sudah di warning awal-awal dengan parent supaya fokus dalam pelajaran.

Akhirnya setelah email berbalas, chatting siang malam, dan tuition sama tapi tak bertegur siapa, akhirnya pertemuan setentang empat mata dibuat di stesen teksi. Itupun helah si dia sebab mahu pinjam cd Microsoft selepas habis kelas tuisyen. Walaupun sering berinteraksi melalui siber, pertemuan ini benar-benar buat jantung saya berdetik lebih pantas. Berpeluh-peluh. Oh ya, ibarat rama-rama berterbangan penuh perut. Sangat dasyat. Pertemuan itu juga buat saya berada di alam mimpi. Terawang-awang. Sungguh indah. Mengasyikkan. Detik itu, saya benar-benar rasakan si dia jodoh saya untuk selama-lamanya. Sejujurnya, tiada kata yang dapat mengungkapkan rasa cinta pandang pertama tersebut

Ok, kami berkawan dan bercinta, tempuh SPM, sehinggalah masing-masing ditawarkan ke matrik yang berbeza. Seorang di selatan, seorang di timur. Hidup diteruskan lagi. Selepas matrik, kami sekali terpisah. Masing-masing meneruskan pengajian di dua universiti yang jauh. Awalnya semua ok, tapi lama-kelamaan hubungan kami jadi tegang dan akhirnya terputus.

Selepas degree, kami terus sambung pengajian lagi. Kerana ego, masing-masing tidak mahu kalah. Walhal, kedua-duanya amat perit melalui saat-saat itu. Masa itu, saya benar-benar pasrah. Mengadu pada Ilahi kerana pasti Dia yang berkuasa mengatur cinta kami. Doa dan solat sunat tak putus-putus dibuat. Saya cuma minta, andai dia bukan jodoh saya,saya redha. Tetapi kalau dia jodoh saya, bakal suami saya, bakal bapa kepada anak-anak saya, yaAllah, tolonglah pertemukan saya dengan bapanya di dalam komuter. Itulah doa saya hari-hari, juga di dalam solat istikharah dan hajat. Ya komuter, dan mahu bertemu bapanya. Bukan dia. Saya sendiri tak pasti kenapa saya minta petunjuk itu. Hehe. Oh ya, untuk makluman, sebelum itu saya memang belum pernah bertemu bapanya, sekadar melihat di foto keluarganya sahaja.

Di suatu petang yang sibuk di stesen KL Sentral, suatu keajaiban berlaku bila saya benar-benar terjumpa ayahnya setelah masuk di dalam kesesakan ruang gerabak komuter. Sungguh! Saya benar-benar menggigil tika itu. Hampir pengsan. Namun, tidak pula pasti kuasa apa yang menggerakkan saya untuk menegurnya. Yang kelakar, pakcik pula yang bagi tempat duduknya pada saya. Adui. Inilah maksudnya terkejut beruk.

Bermula dari situ, kami mula berbaik-baik semula. Kejadian itu buat saya benar-benar yakin tentang cinta ini. Dia cinta pertama saya dan saya cinta pertama dia, juga mengharapkan untuk selama-lamaya. Dan kini, sudah masuk tiga bulan usia pertunangan kami setelah hampir 10 tahun perkenalan. Semoga dipermudahkan perjalanan menuju ke hari bahagia.

Yeah, itulah kisah cinta kami. Doakan kebahagiaan kami ye!



Aha, berapa lama hubungan kami?

Kami kenal sejak Ogos 2001. Maka, sudah 9 tahun 4 bulan sehingga entri ini ditulis. Semoga kekal selamanya...Amiin.



Cantiknya pelamin dari Dina Halim Bridal Boutique...

Dalam banyak-banyak, pelamin di bawah adalah perfectly pelamin idaman saya. Aduh, memang ini pelamin yang dok bermain-main di fikiran dan saya angan-angankan. Rona purple-pink memang jadi pilihan hati. Pelamin 5 panel dengan rimbunan bunga hidup memang tampak ekslusif. Eh ke bunga artifisial ya tu? Nampak real dengan kombinasi warna yang sangat manis. Menaikkan seri pengantin. Cantik dan segar ibarat di taman bunga biarpun berlangsung di dewan indah. Rekabentuk pelamin yang kontemporari ini tampak elegan dan sangat ekslusif apabila dihiasi dengan bunga-bungaan dan dedaunan, memperlihatkan perekanya sangat bijak memaksimumkan kreativiti. Kerusi pelamin juga sangat ideal dan ringkas namun berjaya memberi impak yang menarik. Cooop! Saya nak yang ini. Really-really adore it.


Mode: Ini serius! Nampak diri sendiri serta encik tunang atas pelamin dalam gambar. Hehe.




Oh ye, pelamin dah pasti memang cantik, tapi pesonanya bertambah-tambah terserlah bila Sebumbung Fotografik yang shot foto ini bagi mengabadikan momen terindah yang pasti dikenang sampai bila-bila, terpatri dalam jiwa ini. Mengagumkan! Love Love Love!