Click for BEST OFFERS

Followers

Friday, January 14, 2011

~Panduan Perkahwinan Budget Sederhana (Part 1)~


Salam readers!

Ni ada sedikit panduan untuk si budget sederhana. Layaan.


Untuk memenuhi kepuasan segenap pihak bukanlah senang, apa yang boleh kita buat ialah cuba melaksanakan budget perkahwinan yang sederhana dan meriah. Bagi yang baru bekerja @ masih belajar, mempunyai budget yang terhad, perlulah sediakan persiapan yang sesuai dengan kemampuan. Jangan terlalu mengikut nafsu dengan membeli perkara-perkara mewah tanpa mengambil kira kedudukan kewangan.

    
    1. Tarikh

Selepas bersetuju untuk hidup bersama, cari tarikh yang sesuai yang cukup untuk anda dan pasangan mengumpul duit bagi menempuh majlis perkahwinan yang tentunya memakan belanja yang agak besar. 


.   2. Lokasi

Terpulanglah kepada kemampuan anda dan keluarga. Jika budget besar, boleh diadakan di hotel atau kelab yang ekslusif tetapi jika budget hanya sederhana, adakanlah di rumah atau dewan yang harganya berpatutan. Oho teringat dulu masa arwah abah tanya masa kecik-kecik, nanti besar nak kahwin kat mana. I jawab tak boleh blah. Nak buat kat Hotel Palace of The Golden Horses ok! Miahaha. Berangan abis. Rasanya masa tu hotel tu baru wujud. So macam excited je tengok.




    3. Mas kahwin dan Wang hantaran

Mas kahwin adalah mengikut kadar yang telah ditetapkan di negeri masing-masing manakala wang hantaran ditetapkan oleh pihak keluarga perempuan. Sebaik-baiknya berbincang dan ikutlah kemampuan pengantin lelaki. Berapa mas kahwin negeri u olz? Nanti I buat post baru ye.




Ok, bagi 3 dulu panduan budget sederhana, lagi 9 akan bersambung.


Ups, hari ni Sogo Member Card sale lagi.
Siapa ada Sogo card sila bawa ya, jangan jadi macam dalam cerita di SINI. Haha.



Have a nice day readers!
Tata


No comments: