Click for BEST OFFERS

Followers

Saturday, January 29, 2011

~Kenali Wali Anda~


Salam readers!

Nak kahwin kena ada wali kan.

Peranan wali dalam pernikahan amat penting kerana ia merupakan salah satu daripada rukun nikah. Sekiranya pernikahan dilaksanakan tanpa wali ia adalah tidak sah dari segi hukum syarak. Wali hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan.


(Ref: http://www.facebook.com/wowphoto)


Jom kenali wali kita =)


Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara':

1. Bapa Kandung.
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas.
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa.
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa.
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa.
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa.
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya.
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya.
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki).
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki).
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
21. Wali Hakim.


Kuasa wali tidak boleh berpindah kepada orang lain selagi wali di kedudukan teratas masih hidup dan mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai wali.

(Ref: http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=346)

No comments: