Click for BEST OFFERS

Followers

Sunday, February 13, 2011

~"Ucapan Romantis Untuk Si Teruna"~

Salam.

Join contest anjuran Blog Pilihan Malaysia



Syarat-syaratnya:
Ada 3 kategori yang anda boleh pilih. kategori tersebut adalah:
  1. Ucapan Untuk Suami/Isteri - kategori ini untuk mereka yang telah pun berkahwin. jadi anda hendaklah membuat ucapan romantis kepada suami ataupun isteri anda.
  2. Ucapan Untuk Si Teruna/Si Dara - kategori ini untuk mereka yang tengah bertunang sahaja. jadi anda hendaklah membuat ucapan romantis kepada pasangan tunang anda.
  3. Ucapan Untuk Kekasih - Kategori ini untuk mereka yang tengah bercinta atau pun bercouple.. jadi anda hendaklah membuat ucapan romantis kepada pakwe atau makwe anda.

Harap anda boleh kenal pasti kategori anda. jadi macam mana nak join? ok, mudah saja..


Anda perlu buat satu entri yang mengandungi:
  • Tajuk entri "Ucapan Romantis Untuk Kekanda atau Adinda".. sila pilih sama ada untuk kekanda atau adinda..
  • Link blog ini.
  • Sekeping gambar anda bersama pasangan anda. bagi yang belum berkahwin sila pastikan gambar anda tidak keterlaluan.. (update : kalau tiada gambar bersama pasangan pun takpe)
  • Nyatakan nama pasangan anda itu, sila nyatakan sekali blog pasangan anda jika ada.
  • Nyatakan bagaimana anda boleh berkenalan dengan pasangan anda, dan ceritakan peristiwa manis di saat anda mula-mula berkenalan dengan pasangan anda..
  • Buat satu ucapan yang sangat romantis sekali untuk pasangan anda itu. buat dalam ayat yang mudah difahami dan jangan gunakan perkataan yang tidak senonoh ye, heheh.

____________________________________________________________
(Gambar telah dibuang lepas abis contest)

Perkenalan 10 tahun yang lalu bermula bila si teruna terdengar rakan sekelasnya bercerita tentang si dara tatkala mereka sama tempat tuition. Semangat inkuairi yang melampau tiba-tiba wujud ketika itu, walaupun si teruna tak pernah bertemu si dara. Boleh pula si teruna yakin si daralah pilihan hidupnya. Tambahan pula si dara ni adik kepada guru si teruna. Haha. Oh ya, si teruna dan si dara bersekolah di tempat yang berbeza.

Bermulalah kisah hunting si teruna, mencari pelbagai idea untuk dapatkan contact number si dara secara sendiri. Nasib si teruna baik sebab telah ke kem kepimpinan anjuran daerah dan berjumpalah dengan classmate si dara. Si teruna sangat excited lepas dapat tau email address si dara.

Misi mengorat diteruskan melalui cyber. Namun tiada balasan. Si teruna sangat sedih tapi tak putus-putus harapan. Si teruna tetiba terfikir yang email si dara tu salah. Yeeha. Nasib si teruna baik la masa tu sebab si teruna berjaya agak-agak email address si dara. Tertinggal underscore puncanya. Haih.

Si teruna melompat kegirangan tatkala si dara mula beri respond!(ok, ni si dara tipu.haha tak tau la pulak lompat ke tak). Lepas tu bermulalah rutin berbalas-balas email dan chatting antara mereka, balik sekolah je terus campak beg, on  kan komputer tanpa sempat buka beg, stokin, dan juga tudung sekolah si dara. Fenomena ni sungguh hebat sampai bil internet rumah masing-masing melambung tinggi. Hehe. Begitulah bermulanya permulaan perkenalan kami.

Alhamdulillah, kami telah ditunangkan dan dalam menuju ke hari bahagia kami. Kita hampir ke situ. Wink wink.



Ucapan romantis? (sila jangan muntah ok,hehe)

I love you abg, day by day, and it getting worst. Hope our love will never fade and getting stronger. Semoga hubungan ini akan ditermaterai dengan sebuah ikatan rasmi, suci yang akan membawa kita sama-sama ke sebuah fasa kehidupan yang lebih sempurna dan membawa kebahgiaan yang kita bina ini ke syurga, mendapat keredhaanNya, insyaAllah.




Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu




Tiada kisah cinta Febuari kerana hari-hari adalah hari cinta kami.

There are seven wonders in the world, but for me there are eight, including you...si Terunaku!



Heee, done!

15 comments:

Hafriz Mohamad said...

masih trcari2 mkna romantis...

kitakesitu said...

@Hafriz: pada sy romantis itu terlalu subjektif.bergantung pd individu tersebut.asal apa yang disampaikannya ikhlas,tulus dari hati nan suci.sebuah janji cinta juga romantis bagi pasangan tersebut andai apa yang disampaikan itu meresap ke sanubari =)

Azman Roslan said...

terima kasih kerana join..

kitakesitu said...

@azman: sama-sama =)

ku izzati said...

suwittt sgt..mcm dlm novel plak..hehehe

kitakesitu said...

@ku izzati: hehe thanks...malu i...ewww...ni kisah sebenar yang terjadi antara si teruna dan si dara =p

Ajwedding said...

gud luck!!!romantis gitu

kitakesitu said...

@liza: ekeke...yeke ni romantis...thanks dear =) tulis dari hati.wink wink

syuwai said...

best2x.. baca kat sini ^^

kitakesitu said...

@syuwai: thanks syuwai =)

midfashionshop said...

follow this blog n gud luck!!!

kitakesitu said...

@midfashionshop: thanks dear! =D

Prince said...

"jom ktahui Dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang Mengatakan bahawa Menyambut Hari Kelahiran (s.a.w) adalah diterima oleh Shari'a"

Anonymous said...

comel...:)

semoga bahagia...^^

kitakesitu said...

@moon: thanks, amiin =)