Salam semua.
Teringat zaman kecik-kecik, masa kakak sulung kahwin, i yang dok iring dia. Pakai gaun pink, kakak pun sama, tapi warna putih. Masa dia pakai gaun, i pun tolong angkat....nak bagi senang jalan. i angkat tinggi-tinggi nak bagi dia tak jatuh,manala tau takut terpijak ke nanti.
Ahaks.
Akak menjerit atas pentas tu! Marah betul. Sob sob sob. Dahla atas pentas masa tu. Aissh. Haha.
Merajuk babe. Terus tak mo tolong iring dah. Hehe.
Semua terekod dalam tape yang besar gedabak (zaman dulu). So bila anak sedara tengok balik tape tu (dah transfer ke cd kot), diorang semua kata eyyyy nakalnya auntie dulu-dulu!
Weee. Hehe.
Pakai gaun ke di majlis u olz?
Kalau ya,ni ada tips dalam pemilihan fabrik.
Sutera @ Silk
Memberi kesan mahal dan elegen. Lembut.
Satin
Bahan ini menjadi bahan yang popular untuk gaun pengantin, memberi kesan kilauan atau glossy dan lembut.
Sifon
Berkesan untuk memberi kelembutan dan nipis. Menggunakan bahan ini untuk gaun pengantin adalah terbaik kerana ringan dan juga tidak panas
Net @ Lace
Bahan ini biasa digunakan untuk gaun bertema fairytale
(Ref: Majalah Nona & Signature Wedding)
Have a nice day!
13 comments:
good info.. thanx erk.. i rase mcm nk pkai gown nnt.. tp tgh pk design yg sesuai dgn imej bertudung.. takut nmpk serabut plak..
liza pun mybeeee pakai dress..walaupun xsedar diri yg gemuk n pendek...ahaks
haha..comel je..mst best bile terkenangkan balik..;)..tq 4 da info..kina pun rendah & pendek..huhu
@cikFM: most welcome dear =) dah banyak design sesuaikan dengan imej muslimah bertudung kan sekarang.suka!nanti nak buat entry gown untuk si tudung manis pulalah =)
@liza: dear,nanti i buat entry pasal bentuk gaun pengantin mengikut tubuh. =) ok je asal tak salah pilih cutting dan design,yang penting confident dan ada berani =)
@kina: mestila comel.hahaha.darjah satu masa tu.aha macam best je pakai gown kan.lalala.berangan-berangan.gown and tuxedo.pewiitt.eh kina cam ok bergown.tak nampak rendah pun =)
bgs2.. nnt wat erk entry tuk pengantin bertudung plak.. hehe.. :)
i suke material lace+chiffon...hehe
@cikFm: wahh,suka ye...tungguuuu =p
@nana: hye dear,pandai u match kan material kan.wow,cantik cantik =p sifon selesa,lace nak bg keras dan bentuk,good match =)
ili pun rasa nak pkai dress utk wedding nnti tapi kebanyakan style dress for muslimah semuanya tudung letak daLAM baju, mcm xberkenan lak.. any idea x kalau tudung tu xletak dlm baju?
@ili: insyaAllah,nanti try buat entry untuk muslimah bertudung pula ya. sopan tapi tetap elegant =)
tQ dear..info sngat berguna sebab mau cari kain buat dress ^_^
Post a Comment