Click for BEST OFFERS

Followers

Friday, January 7, 2011

~Handbag (Done): Cerita Suspen di Sogo~

Salam semua!

Ehe, semalam dah selamat beli handbag kat Sogo sempena Warehouse Clearance Sale, khas untuk empunya Sogo kad. Siapa ada kad boleh bawa 2 orang kawan bersama tau. Sampai Ahad ni.

Meh nak cerita, mula-mula masuk, terus ke tingkat 7 sebab ni acara tertutup. Keluar lift je anda akan diperiksa konon-konon ketat. Ehe nak check sogo card je pun. So dengan confidentnya i jalan di pintu entrance sambil senyum dan angguk kepala. Dah bersedia dah, kalau diorang minta, baru i nak sibuk keluarkan. Ecece.

Acara dimulakan dengan berjalan-jalan cari mangsa nak beli. Kui kui kui. Berjaya rembat 2 helai baju voir dengan harga yang perghhh, menarik sangat. Sebenarnya first time gi warehouse sogo ni. Lepas tu jalan-jalan pula di bahagian handbag, mak aii banyak nya pilihan dengan harga yang menawan, sungguh rambang mata i. Dah la pergi sorang kan, jadi blur dengan diri sendiri nak pilih. 

Ok-ok. Lepas dah buat keputusan nak bayar, mulala jenguk-jenguk duit dan kad, nak ready mau bayar. Tiba-tiba...jeng3... 
Aduyai, tak bawa kad sogo ghopenya, ahaha. Memang cemas juga la sebab kali ni tak da talian hayat sebab gi sorang-sorang kan. Hahaha gelak untuk diri sendiri. Eh tak, masa tu memang gelabah abis. Cuba searching muka orang-orang baik. Semua macam tak berapa baik. Hehe. Almaklumla muka penat baru balik kerja. Cop! Tetiba nampak seorang akak ni tengah line up. So dengan selumber yaya nya, terus cakap kat dia nak pinjam kad pasni. 
Yang bestnya, akak tu kata dia pun takda kad. Ahahahahhaha. Menarik bukan? I pun line up la kedua lepas akak tu nak tengok dia lepas ke tak bayar tanpa kad. Macam budak nakal la plak.
Dan hasilnya, yipppee...berjaya lepasi momen cemas semalam bersama handbag baru. 


To b2b, dah tau date kahwin, boleh beli barang sikit-sikit tau, tak rasa terbeban sangat nanti.


 Have a nice day!
Tata

2 comments:

WillBe.Mrs said...

hahaha... i yg baca pn suspen...then yg xda kad pun leh ke beli brg warehouse sale..? kalo gtu best btol...mcm nak cari baju kije lah... :) thanks for info

kitakesitu said...

eheh,patutnya mcm tak bley je kn.tapi slumber je.maksudnya kalau dah terlepas masuk,kt cashier no hal lah.cepat2,lunch ni sure ramai pompuan2.weekend pulak sure padat.hehe.gi la.discount memang meletops =p