Salam semua!
Salam Maal Hijrah.
Semoga kita scan dan defregment balik segala amalan dan perbuatan kita sepanjang tahun ini. Yang mana yang tak baik, eloklah kita tinggal-tinggalkan, dan gantikan dengan amalan yang baik. Manakala, amalan yang baik pula, kita kekalkan, kukuh serta perbanyakkan.
Kita hidup di dunia ini hanya sementara.
Semoga kehidupan kita mendapat keredhaanNya.
Sesungguhnya Dialah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.
Ini disertakan Doa Akhir dan Awal Tahun.
Jom tutup buku lama, buka buku baru. =)
Doa Akhir Tahun
Doa ini dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib
pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku saat itu jua". Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.
Doa Awal Tahun
Doa ini dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam Satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
No comments:
Post a Comment