Click for BEST OFFERS

Followers

Friday, December 3, 2010

~Ini sungguh menakutkan!~

Salam...

Cuba bayangkan...
Tengah-tengah dok dalam bas, tengah bersembang-sembang, tiba-tiba api menyambar
Nauzubillah. Risau sangat, Lately ni, dah asyik dengar cerita pasal bas terbakar.
Takut kan?

MARAK...bas yang terbakar di tempat kejadian, semalam.
(sumber: Harian Metro)

Kes pertama terjadi apabila tiga orang pelajar kolej kejururawatan terlibat dalam kejadian ini. Nurzilawati Hussin, 20 melecur teruk selepas enjin bas RapidKL yang dinaiki mereka tiba-tiba meletup. Dua lagi mangsa ialah Nadia Husna Arshad, 20, dan Nur Aisyah Abd Samad. Ya Allah, selain tidak dapat menduduki peperiksaan akhir, Zila juga terpaksa melupakan hasrat untuk melangsungkan pertunangan Januari tahun depan. Kesian sangat kan.

Kes kedua pula terjadi bila sekali lagi bas RapidKL yang disewa khas untuk membawa kakitangan awam hangus terbakar berhampiran susur keluar Desa Petaling, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dua hari lepas. Nasib bas sempat diberhentikan di bahu jalan bila seorang penumpang perasan asap berkepul-kepul keluar dari arah belakang bas, dipercayai enjin bas mengalami kerosakan.



Kenapa ya?
RapidKL kata bas diselenggara dengan baik. Tapi tak tau lah kan.




Aha...

Ke sebab MINYAK?
Ada kata Ron95 mudah terbakar.

Ish ish ish...takutnya



Yang pasti, tiap kali naik bas, dah jadi sedikit trauma nak cari seat belakang.Huhu.
Nauzubillah, semoga kita dijauhkan dari kejadian macamni dan dilindungi di bawah lembayungNya.

Amiin.





No comments: