Save the date
Setelah perbincangan dengan kedua belah pihak keluarga, sudah pasti kita akan mencapai kata sepakat untuk dapatkan tarikh keramat tersebut. Wah, indahnya. Hari kebesaran bakal kunjung tiba, InsyaAllah. Tapi sebenarnya, di saat ini, kita sudah seharusnya mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang kukuh. Banyak lagi persiapan-persiapan yang perlu dibuat. Nampak mudah, tapi rumit. Semoga segala perancangan kita berjalan lancar. Amiin.
Berikut merupakan tarikh-tarikh yang menjadi kebiasaan untuk dipilih:
1. Cuti sekolah/perayaan
Ini masa yang sesuai untuk mengumpulkan ahli keluarga dan sahabat handai. Namun sedikit risiko kerana tahap availability mereka mungkin akan membuatkan budget anda meningkat.
2. Cuti hujung minggu
Ramai yang tidak kisah untuk memilih hujung minggu disebabkan segala urusan masak-memasak telah diserahkan pada katering. Selain itu, jumlah tetamu juga mungkin berkurang.
3. Tarikh yang cantik
3. Tarikh yang cantik
10.10.10 atau untuk tahun depan, pastinya tarikh berikut jadi rebutan seperti;
01.11.11 @ 11.01.11 @ 11.10.11 dan juga tarikh mahal 11.11.11. Keutamaan sekiranya ia jatuh pada hujung minggu.
01.11.11 @ 11.01.11 @ 11.10.11 dan juga tarikh mahal 11.11.11. Keutamaan sekiranya ia jatuh pada hujung minggu.
Jadi pilihan terletak di tangan anda. Hadkan memanggil tetamu bagi si budget kecil. Huhu. Buatlah secara sederhana kerana tujuan majlis kenduri ini adalah medium hebahan bagi saudara mara dan rakan taulan selain ingin berkongsi kegembiraan bersama.
Bila tarikh pilihan anda untuk tahun 2011?
No comments:
Post a Comment