Click for BEST OFFERS

Followers

Tuesday, November 16, 2010

"Our true love story {CST PRODUCTION}"

Hye guys!
Mau dgr cerita kami?
Jom jom... =)


Kisah ini bermula semasa dia berumur 16 tahun.  Kami sebaya.
Dia sukakan adik kepada gurunya sendiri. Saya sendiri kurang pasti apa yang dah kakak saya sampaikan pada kelasnya itu. Yang pasti, perasaan cinta sudah muncul tatkala di saat mendengar nama saya buat pertama kali di bibir gurunya. Aneh bukan? Aha, sekolah kami berbeza, tapi sama daerah. Seorang di Bangi, seorang di Cheras.


Dari situ, dia ligat memikirkan cara untuk mendekati saya. Eh, kenal pun belum, agak-agak macamana ye nak dekat? Hehe.


Alkisah, misi itu seakan-akan hampir berjaya bila dia jumpa kawan sekelas saya semasa sama-sama menyertai kem kepimpinan yang turut dihadiri oleh wakil-wakil pelajar sekolah sekitar daerah kami. Momen ini pastinya beliau tak dapat lepaskan. Yes yes! Terus tanya email address saya.


Hati girang dan tak sabar menantikan email berbalas. Rupa-rupanya kawan saya bagi email yang salah padanya, mungkin tertinggal underscore “_”. Haish. Patutla mesej tak sampai. Dia tak putus harapan. Terus reka-reka email yang berhampiran @ agak logik untuk email saya. Luckyly, he got it! Wee. Oh, sungguh berusahanya dia.


Then, bermulalah kisah kami berbalas-balas email, chatting. Balik sekolah terus campak beg, buka komputer. Hehe stokin, tudung  pun tak sempat nak buka. Fenomena ini sangat dasyat. Bil internet melambung. Kena potong. Resah. Gundah gulana. Pergi cc pula cari alternatif. Tapi tak boleh seaktif dulu. Jadi, mula berjinak-jinak guna telefon rumah pula. Curi-curi. Almaklumlah masa dulu hp belum meluas selain saya memag sudah di warning awal-awal dengan parent supaya fokus dalam pelajaran.


Ok, kami berkawan, tempuh SPM, sehinggalah masing-masing ditawarkan ke matrik yang berbeza. Seorang di selatan, seorang di timur. Saat itu, dia benar-benar takut saya tinggalkannya. Dia mau kepastian. Yang pasti, kata-kata cinta dah lama diungkapkannya seawal perkenalan kami. Namun, saya yang selalu mengelak dan hanya katakan yang saya sayangkan dia. Buku kecil sebesar tapak tangan bertajuk “ On Love” saya serahkan padanya sebelum ke matrik tanda perasaan saya tika itu kerana saya fikir saya terlalu muda untuk melafazkannya. Indah terasa.


Hidup diteruskan lagi. Selepas matrik, kami sekali terpisah. Masing-masing meneruskan pengajian di dua universiti yang jauh. Awalnya semua ok, tapi lama-kelamaan hubungan kami jadi tegang dan akhirnya terputus.


Selepas degree, kami terus sambung pengajian lagi. Kerana ego, masing-masing tidak mahu kalah. Walhal, kedua-duanya amat perit melalui saat-saat itu.


Masa itu, saya benar-benar pasrah. Mengadu pada Ilahi kerana pasti Dia yang berkuasa mengatur cinta kami. Doa dan solat sunat tak putus-putus dibuat. Saya cuma minta, andai dia bukan jodoh saya,saya redha. Tetapi kalau dia jodoh saya, bakal suami saya, bakal bapa kepada anak-anak saya, yaAllah, tolonglah pertemukan saya dengan bapanya di dalam komuter. Ya komuter. Saya sendiri tak pasti kenapa saya minta petunjuk itu. Hehe.


Suatu keajaiban berlaku bila saya benar-benar terjumpa ayahnya di dalam kesesakan ruang gerabak komuter. Sungguh! Saya benar-benar menggigil tika itu. Hampir pengsan. Tapi tak pasti kuasa apa yang menggerakkan saya untuk menegurnya. Yang kelakar, pakcik pula yang bagi tempat duduknya pada saya. Adui. Inilah maksudnya terkejut beruk.

(sumber: google)

Bermula dari situ, kami mula berbaik-baik semula. Dia cinta pertama saya dan saya cinta pertama dia, juga mengharapkan untuk selama-lamaya. Dan kini, sudah masuk dua bulan usia pertunangan kami setelah hampir 10 tahun perkenalan. Semoga dipermudahkan perjalanan menuju ke hari bahagia. Selalu berangan kalau dpt hire CST as photographer. Best best. Tapi kalau nak sponsor pasti lagi best. Wink wink. Jom tengok link ni. (www.facebook.com/cstproduction)

Fuh, itulah kisah cinta kami. Doakan kebahagiaan kami ye!

Amiin 

2 comments:

Hunny Kitty said...

semoga bahagia sampai syurga,,,,n gud luck!

kitakesitu said...

amiin...thanks dia.honey! =)