Click for BEST OFFERS

Followers

Sunday, November 28, 2010

~Dina Halim Bridal Boutique Online Contest-Dari Mata Jatuh ke Hati~

Salam readers!


Ni contest kawen-kawen dari Dina Halim Bridal Boutique.
Bestnya.






Sebelum tu, nak cerita sikit pasal butik ni.

Merupakan butik pengantin yang mengetengahkan pakaian muslimah.
Menyediakan perkhidmatan lengkap dari pelbagai jenis pelamin, baju nikah dan sanding, dekorasi dewan, sehinggalah fotografi. 


Cara nak hubungi?
Kak Nad baru berpindah, alamatnya seperti berikut.
No. 121-2, Jalan Prima Sg 5, Prima Sri Gombak, Batu Caves
012-3445672
012-6509550




Berbalik pada contest yang dinyatakan td, syarat-syaratnya di sini.

Gambar ini merujuk kepada "kami" di hari pertunangan pada 25 September lalu. Bahagianya rasa. 

(uppz, pix da diremove)


Ok, mari ikuti kisah percintaan kami... 

Kisah ini terjadi kurang sepuluh tahun dahulu. Kami sebaya. Sekolah kami berbeza tapi masih di daerah yang sama. Si dia merupakan anak murid kepada kakak saya. Ehe. Saya sendiri tidak pasti apa yang telah kakak saya sampaikan pada kelasnya berkaitan saya.  Kisahnya bermula bila si dia mendengar nama saya buat pertama kali dari bibir gurunya itu. Aneh.  Sebabnya orang lain cinta pandang pertama tatkala pertemuan pertama, tapi kali ini hanya kerana nama, belum bertemu tuannya. Rasa di jiwa si dia meronta-ronta untuk mengenal diri ini lebih dekat lagi. Semangat inkuairi betul-betul kuat.

Misi pencarian mengenali saya dilakukan dengan susah payah. Bagaimana? Dia ligat memikirkan cara untuk mendekati saya. Eh, kenal pun belum, agak-agak macamana ye nak dekat? Hehe. Alkisah, misi itu seakan-akan hampir berjaya bila dia jumpa kawan sekelas saya semasa sama-sama menyertai kem kepimpinan yang turut dihadiri oleh wakil-wakil pelajar sekolah sekitar daerah kami. Momen ini pastinya beliau tak dapat lepaskan. Yes yes! Terus tanya email address saya.

Hati girang dan tak sabar menantikan email berbalas. Rupa-rupanya kawan saya bagi email yang salah padanya, mungkin tertinggal underscore “_”. Haish. Patutla mesej tak sampai. Dia tak putus harapan. Terus reka-reka email yang berhampiran @ agak logik untuk email saya. Luckyly, he got it! Wee. Oh, sungguh berusahanya dia.

Then, bermulalah kisah kami berbalas-balas email, chatting. Balik sekolah terus campak beg, buka komputer. Hehe stokin, tudung  pun tak sempat nak buka. Fenomena ini sangat dasyat. Bil internet melambung. Kena potong. Resah. Gundah gulana. Pergi cc pula cari alternatif. Tapi tak boleh seaktif dulu. Jadi, mula berjinak-jinak guna telefon rumah pula. Curi-curi. Almaklumlah masa dulu hp belum meluas selain saya memag sudah di warning awal-awal dengan parent supaya fokus dalam pelajaran.

Akhirnya setelah email berbalas, chatting siang malam, dan tuition sama tapi tak bertegur siapa, akhirnya pertemuan setentang empat mata dibuat di stesen teksi. Itupun helah si dia sebab mahu pinjam cd Microsoft selepas habis kelas tuisyen. Walaupun sering berinteraksi melalui siber, pertemuan ini benar-benar buat jantung saya berdetik lebih pantas. Berpeluh-peluh. Oh ya, ibarat rama-rama berterbangan penuh perut. Sangat dasyat. Pertemuan itu juga buat saya berada di alam mimpi. Terawang-awang. Sungguh indah. Mengasyikkan. Detik itu, saya benar-benar rasakan si dia jodoh saya untuk selama-lamanya. Sejujurnya, tiada kata yang dapat mengungkapkan rasa cinta pandang pertama tersebut

Ok, kami berkawan dan bercinta, tempuh SPM, sehinggalah masing-masing ditawarkan ke matrik yang berbeza. Seorang di selatan, seorang di timur. Hidup diteruskan lagi. Selepas matrik, kami sekali terpisah. Masing-masing meneruskan pengajian di dua universiti yang jauh. Awalnya semua ok, tapi lama-kelamaan hubungan kami jadi tegang dan akhirnya terputus.

Selepas degree, kami terus sambung pengajian lagi. Kerana ego, masing-masing tidak mahu kalah. Walhal, kedua-duanya amat perit melalui saat-saat itu. Masa itu, saya benar-benar pasrah. Mengadu pada Ilahi kerana pasti Dia yang berkuasa mengatur cinta kami. Doa dan solat sunat tak putus-putus dibuat. Saya cuma minta, andai dia bukan jodoh saya,saya redha. Tetapi kalau dia jodoh saya, bakal suami saya, bakal bapa kepada anak-anak saya, yaAllah, tolonglah pertemukan saya dengan bapanya di dalam komuter. Itulah doa saya hari-hari, juga di dalam solat istikharah dan hajat. Ya komuter, dan mahu bertemu bapanya. Bukan dia. Saya sendiri tak pasti kenapa saya minta petunjuk itu. Hehe. Oh ya, untuk makluman, sebelum itu saya memang belum pernah bertemu bapanya, sekadar melihat di foto keluarganya sahaja.

Di suatu petang yang sibuk di stesen KL Sentral, suatu keajaiban berlaku bila saya benar-benar terjumpa ayahnya setelah masuk di dalam kesesakan ruang gerabak komuter. Sungguh! Saya benar-benar menggigil tika itu. Hampir pengsan. Namun, tidak pula pasti kuasa apa yang menggerakkan saya untuk menegurnya. Yang kelakar, pakcik pula yang bagi tempat duduknya pada saya. Adui. Inilah maksudnya terkejut beruk.

Bermula dari situ, kami mula berbaik-baik semula. Kejadian itu buat saya benar-benar yakin tentang cinta ini. Dia cinta pertama saya dan saya cinta pertama dia, juga mengharapkan untuk selama-lamaya. Dan kini, sudah masuk tiga bulan usia pertunangan kami setelah hampir 10 tahun perkenalan. Semoga dipermudahkan perjalanan menuju ke hari bahagia.

Yeah, itulah kisah cinta kami. Doakan kebahagiaan kami ye!



Aha, berapa lama hubungan kami?

Kami kenal sejak Ogos 2001. Maka, sudah 9 tahun 4 bulan sehingga entri ini ditulis. Semoga kekal selamanya...Amiin.



Cantiknya pelamin dari Dina Halim Bridal Boutique...

Dalam banyak-banyak, pelamin di bawah adalah perfectly pelamin idaman saya. Aduh, memang ini pelamin yang dok bermain-main di fikiran dan saya angan-angankan. Rona purple-pink memang jadi pilihan hati. Pelamin 5 panel dengan rimbunan bunga hidup memang tampak ekslusif. Eh ke bunga artifisial ya tu? Nampak real dengan kombinasi warna yang sangat manis. Menaikkan seri pengantin. Cantik dan segar ibarat di taman bunga biarpun berlangsung di dewan indah. Rekabentuk pelamin yang kontemporari ini tampak elegan dan sangat ekslusif apabila dihiasi dengan bunga-bungaan dan dedaunan, memperlihatkan perekanya sangat bijak memaksimumkan kreativiti. Kerusi pelamin juga sangat ideal dan ringkas namun berjaya memberi impak yang menarik. Cooop! Saya nak yang ini. Really-really adore it.


Mode: Ini serius! Nampak diri sendiri serta encik tunang atas pelamin dalam gambar. Hehe.




Oh ye, pelamin dah pasti memang cantik, tapi pesonanya bertambah-tambah terserlah bila Sebumbung Fotografik yang shot foto ini bagi mengabadikan momen terindah yang pasti dikenang sampai bila-bila, terpatri dalam jiwa ini. Mengagumkan! Love Love Love! 

8 comments:

Elya Roza said...

best entry ni..:)
good luck dear:)

kitakesitu said...

hye elya...tq =)

Unknown said...

hye..smoga berjaya..i join contest ni gak..jom exchange link..:)

kitakesitu said...

jom2.hye dila =)
goodluck to u to

Unknown said...

Salam. Saya singgah menjenguk entri ini. Semoga berjaya dalam peraduan ini.

:)

kitakesitu said...

Wsalam Szakif.Amiin...Terima kasih atas doa dan sudi menjenguk...
=)

Dina Halim Bridal Boutique said...

:) nantkan resultnya ye..

kitakesitu said...

wohoo...tuan besar sudah datang checking.hehe.ada rezeki tak ke mana =)tq for dropping by kak nad