Click for BEST OFFERS

Followers

Friday, November 11, 2011

~Tutorial quilling~

As salam lovelies!


Nak belajar cara asas quilling?

Hiks. Asas jela tapi.


Selepas post di sini dan sini, rupanya ramai juga yang berminat seni ni.

Hehe, ada yang tanya pasal tutorial.
Ikutkan, i pun beginner juga, just share simple steps with u sweety.



Sempoi saja.

Jom.



Bahan-bahannya.

kertas 80-120g 
gam
gunting
dawai bunga yang keras sikit@pencungkil gigi
pengepit ala-ala forsep

Simple step

1. Potong kertas a4 3mm lebar.


2. Di hujung kertas, gores dan menang sikit guna kuku. 
Nak bagi hujungnya sedikit nipis.


3. Lilitkan hujung kertas pada lidi@dawai bunga yang keras sikit@pencungkil gigi


4. Teruskan gulungan sehingga seluruh kertas tergulung.
Kepit sedikit gulungan itu.


5. Keluarkan gulungan itu dari dawai.


6. Kemaskan gulungan.
e.g. tangan kanan pegang gulungan tu, tangan kiri tarik kertas yang belum tergulung dan ulang langkah menggulung.
Kemaskan guna tangan anda.
Forsep boleh digunakan untuk proses ni. Terpulang, i tak guna pun.
Oh ye, tahap ketat gulungan tu bergantung pada design apa u nak buat.
e.g i nak buat bulat je, jadi gulung ketat-ketat.
Kalau nak buat design lain,loose2 pun takpe. Bergantung.

 
7. Laa, dah siap?
Eh eh jangan lupa lekatkan guna gam.
Hiks. sonang je kan?
Jadila bentuk bulat.
Sebab tu quilling=gunting dan gulung.



Tarraa...ok tak?

Kalau nak bentuk-bentuk lain, boleh belajar kat video tutorial sini dan sini tau.

Video dari youtube paling senang nak faham.


 Hope ada la ciput-ciput membantu.


Have a nice day!

6 comments:

K.I.N.A said...

oloo..sweet je buat love..quilling ni memerlukan ketelitian & kesabaran kan..

lia fen said...

cantek erk...cume malas jek nk buat..hehe

nurul izayani said...

cantik!!!

kitakesitu said...

@kina: hee betul tu dear, kena sabar n teliti. tapi kan,bila dah buat banyak2,dah biasa n tak rasa susah.sambil baring pn bley buat.hee enjoy je =)

kitakesitu said...

@lia fen: tq dear. senang je ni, meh try dulu =)

kitakesitu said...

@izayani: thanks! =)