Click for BEST OFFERS

Followers

Wednesday, October 19, 2011

~Kursus Pra Perkahwinan Islam~

As salam lovelies!


Dah pergi kursus kawen?


Untuk pengetahuan semua, dulu nak kawen kena lalui proses interview.

Tapi sekarang, sejak 1997 ianya dah dimansuhkan tetapi diganti dengan kursus pra perkahwinan ni.

Namun begitu, di Johor masih ada proses interview ni, kalau tak salah hanya pada bakal pengantin lelaki saje.



Nak share my experience masa hadiri kursus kawen ritu.




Nama syarikat:
Kompleks Kejiranan Presint 16
Putrajaya


Cara booking:
Dengan sms nama penuh anda dan pasangan @ kawan-kawan @ saudara mara yang mau turut serta dan tarikh yang dipilih ke no di bawah
0192876979
0193911310

Boleh juga booking online di sini, tapi ritu da buat, diorang tak kemaskini.
Better phone balik untuk confirm booking date.

Boleh walk in juga tapi disarankan untuk booking tru sms sebab masa pegi ritu tetibe je ramai.

Dekat 150 orang juga. Penuh dewan.
Pihak management pun terkujat sebab selalunya dalam 50 orang je.


Bayaran:
RM80 seorang


Hari dan waktu:
Sabtu: 2.30-6.30 petang
Ahad: 9.00 pagi-6.30 petang


Hasil tangkapan:
Dapat file, pen sebatang, buku kursus (fotostate je)...myb abis stok kot masa tu cz bila nx week after that datang balik, tengok peserta lain dapat buku la pulak. Aishhla. Eh takpe2 tak kisah pun. =)


Tajuk-tajuk yang dibincangkan:
Akhlak dalam Islam
Hubungan dalam Islam
Pengurusan kesihatan
Pengurusan Stress
Akidah dalam Islam
Ibadah dalam Islam
Komunikasi suami & isteri
Pengurusan sumber keluarga
Pengurusan konflik
Pengurusan Talak
Perkahwinan dalam Islam
Prosedur Perkahwinan


Makan?
Hiks ada ada jangan risau.
Sabtu: Minum petang
Ahad: Minum pagi, tengahari, petang


Cara dapat sijil:
Dengan tandatangani setiap column sign untuk setiap tajuk kursus.
Maksudnya attend semua slot, takda masalah la =)
Tak ada exam selepas kursus.


Tempoh dapat sijil:
Seminggu lepas kursus, sijil siap dan boleh diambil bermula Sabtu minggu berikutnya.
Boleh hantar wakil atau suruh pihak pengurusan pos kalau tak dapat ambil sendiri.


Seminggu je dah settle dapat sijil.



Info tambahan:
Sijil kawen tiada tarikh luput.
Sijil perlu di kepilkan bersama borang permohonan nikah ke Jabatan Agama.
Jangan laminate sijil sebab Jabatan Agama akan cop pada sijil nanti.



Dah ada sijil, ada banyak lagi prosedur untuk dipenuhi.

Yang utama HIV Test, dan borang-borang nikah lelaki dan juga perempuan.

Nanti kite share di sini ya =)



Have a nice day!

3 comments:

Lovely Emy said...

Thanks dear, mmg ingat nak g yg al-shahir ni jg, tp memula cam takut ingat scam xde org ke yg dtg. hehe. thanks ye :)

kitakesitu said...

hehe sini ok je, smoothly je semuanya =) jangan risau, ramai pula orang tetiba masa pegi ritu.ingat tak da orang sangat juga memula. =) ur welcome dear

Anonymous said...

Info yg sgtttt bgune,...tq