Click for BEST OFFERS

Followers

Thursday, February 23, 2012

~Surat permohonan nikah di masjid~

As salam lovelies!


U olz plan nikah di mana?

Sekiranya di rumah, mudah aja.

Tapi, sekiranya di masjid, perlulah mendapat kebenaran pihak masjid dulu.

Tak baik main redah je masuk secara berjemaah.

Kalau masuk beramai-ramai untuk solat lainlah kn.

=)





Ok, atas pengalaman nikah di masjid baru-baru ni, i sertakn surat minta izin guna masjid kepada Tuan Nazir masjid.

Semoga memberi kemudahan kepada anda semua.

Oh ye, sekiranya majlis nikah saja di masjid, boleh terus rujuk surat ni, tapi kalau ingin memohon sewaan dewan masjid untuk tujuan makan-makan (bergantung), boleh edit la sikit-sikit ye.

Macam i, nikah di masjid, makan-makan di rumah.




Ok, ini suratnya...




Nama (ayah/wakil keluarga)                                         Tarikh
Alamat


Tuan Nazir,


Nama masjid
Alamat masjid


Per: Memohon mengadakan Majlis Pernikahan di Masjid _____________.

Dengan hormatnya, saya merujuk perkara tersebut di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa saya bercadang mengadakan majlis pernikahan anak perempuan saya pada hari ______, (tarikh) mulai jam _____ hingga ______ di Masjid ________________.

Sehubungan itu, saya memohon kelulusan daripada pihak tuan agar majlis tersebut dapat dilangsungkan di Dewan Solat dengan jayanya, InsyaAllah.

Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,


Nama pemohon



=)

Nampak mudah, tapi sering kali kita terlupa tentang adab minta izin guna masjid.

Hee..

Have a nice day!



*Sila klik untuk khidmat sewaan

Jom jengok ke jualan blouse anggunku skali ye lovelies,
Muslimah Vogue Shop.

Really appreciate ur time darl =)

No comments: