As salam lovelies!
Catering...dah jadi kebiasaan untuk orang zaman kini kan.
Dengan harapan, menu dan persediaan makanan dapat dilaksanakan oleh pihak katerer dan secara tak langsung pihak mak ayah tak payah susah-susah pikir lagi pastu.
Ups, maksudnya amanah bahagian makanan dah diserahkan pada pihak caterer. Maka, bebanan bab tu dapat dikurangkan dan boleh mula fikirkan bab lain pulak.
Untuk pemilihan caterer, seharusnya dibuat betul-betul sebab makanan sangatlah penting untuk tetamu nanti. Jangan pula masalah-masalah lain timbul seperti situasi berikut:
1. Makanan tak cukup. Parah. Ni memang kes berat. Jadi kira anggaran tetamu betul-betul dan bincang dengan katerer. Katerer yang berpengalaman tak kan sediakan makanan yang cukup-cukup. Sebab mereka dah biasa hadapi situasi macamni. Pernah attend kenduri yang ada 2 pasang pengantin, pukul12, peak hour tu...tetiba lauk dah abis. Memang cemas abis. Bayangkan, kenduri baru mula, lauk dah abis. Kesian. terpaksa beli lauk pauk kat kedai makan. Tetamu? Kena berdiri tunggu lauk sampai.
2. Makanan basi. Mak aii, mintak jauh la keadaan macam ni. Nauzubillah. Kita panggil orang datang, raikan hari bahgia ni, tetiba tak pasal-pasal pas makan, diorang sakit perut pulak kan. Sebab tu kena hati-hati. Pilih katerer yang ada pengalaman sediakan makanan untuk majlis perkahwinan. Jangan pilih katerer yang sub-sub lauk kat orang lain. Mungkin mereka masak pagi atau petang semalam, jadi kualiti makanan dah kurang. Naya je.
Untuk perbincangan dengan pihak katerer, isu ni perlu di clarify jelas-jelas tau:
1. Tarikh, masa, dan lokasi majlis.
2. Jumlah tetamu (anggaran)
3. Menu
4. Kanopi, kerusi dan meja (sekiranya perlu) ; bila dipasang
5. Menu pengantin
6. Dome (meja untuk belah keluarga pihak pengantin)
7. Hiasan meja pengantin
8. Hidangan disediakan pada pukul berapa
Harap sedikit sebanyak dapat membantu.
Semoga perjalanan majlis kita berjalan lancar, insyaAllah.
Have a nice day!
4 comments:
mak oi...kalo mknan basi tu plg takot
@nana: naya kan camtu...mmg ada terjadi tau.nauzubillah minta dijauhkn...huu
pilih caterer yang dipercayai..insyaALLAH xde pe2..y penting doa pd ALLAH spy semuanya berjalan lancar =)
@nurul izayani: thanks dear, a'a kena cari caterer yang dah biasa kenal =) amiin, insyaAllah semuanya berjalan lancar =)
Post a Comment