Click for BEST OFFERS

Followers

Tuesday, August 2, 2011

~Kisah Catering ~

As salam lovelies!


Catering...dah jadi kebiasaan untuk orang zaman kini kan.

Dengan harapan, menu dan persediaan makanan dapat dilaksanakan oleh pihak katerer dan secara tak langsung pihak mak ayah tak payah susah-susah pikir lagi pastu.

Ups, maksudnya amanah bahagian makanan dah diserahkan pada pihak caterer. Maka, bebanan bab tu dapat dikurangkan dan boleh mula fikirkan bab lain pulak.


Untuk pemilihan caterer, seharusnya dibuat betul-betul sebab makanan sangatlah penting untuk tetamu nanti. Jangan pula masalah-masalah lain timbul seperti situasi berikut:

1. Makanan tak cukup. Parah. Ni memang kes berat. Jadi kira anggaran tetamu betul-betul dan bincang dengan katerer. Katerer yang berpengalaman tak kan sediakan makanan yang cukup-cukup. Sebab mereka dah biasa hadapi situasi macamni. Pernah attend kenduri yang ada 2 pasang pengantin, pukul12, peak hour tu...tetiba lauk dah abis. Memang cemas abis. Bayangkan, kenduri baru mula, lauk dah abis. Kesian. terpaksa beli lauk pauk kat kedai makan. Tetamu? Kena berdiri tunggu lauk sampai.

2. Makanan basi. Mak aii, mintak jauh la keadaan macam ni. Nauzubillah. Kita panggil orang datang, raikan hari bahgia ni, tetiba tak pasal-pasal pas makan, diorang sakit perut pulak kan. Sebab tu kena hati-hati. Pilih katerer yang ada pengalaman sediakan makanan untuk majlis perkahwinan. Jangan pilih katerer yang sub-sub lauk kat orang lain. Mungkin mereka masak pagi atau petang semalam, jadi kualiti makanan dah kurang. Naya je.


Untuk perbincangan dengan pihak katerer, isu ni perlu di clarify jelas-jelas tau:

1. Tarikh, masa, dan lokasi majlis.
2. Jumlah tetamu (anggaran)
3. Menu
4. Kanopi, kerusi dan meja (sekiranya perlu) ; bila dipasang
5. Menu pengantin
6. Dome (meja untuk belah keluarga pihak pengantin)
7. Hiasan meja pengantin 
8. Hidangan disediakan pada pukul berapa


Harap sedikit sebanyak dapat membantu.
Semoga perjalanan majlis kita berjalan lancar, insyaAllah.



Have a nice day!

Wednesday, July 20, 2011

~Tudung Vispera: Promosi ulang tahun kedua~

As salam lovelies!

Tengah cari tudung?


Jom try tengok koleksi vispera jom.

Rasanya ramai dah tau. 

Tapi mungkin ada juga yang belum tau kehebatan dan kekemasannya.






Cun kan?


Tengah promo sekarang ni...

Sampai 20 Ogos 2011.

Yang mana berminat tu, sila lah grab =)



Jeng jeng jeng....

Tapi kalau yang belum grab promo OP+OV utk 3 event macam dalam link INI dan INI memanglah tersangat rugi.
Jadi apa lagi, jooom cepat-cepat booking ya sebab tinggal lagi 10 hari =)

Have a nice day!

Saturday, July 2, 2011

~Adab minta quotation~

Assalamualaikum lovelies!

Saja nak share cara sopan nk minta quotation...
Hehe...


1. Bagi salam. Kan sejuk sikit hati bila baca...hee. 

2. Kenalkan diri anda dan tujuan...biasany jz introduce urself, then gtau la yg berminat dgn artwork beliau. Makanya mau minta quo dr beliau.

3. Bagitau juga tarikh majlis anda...kalau boleh,secara spesifik. Tapi kalau belum decide lg, jz roughly bagitau plannya bila. In order diorg check their schedule juga, samada available tak date tu untuk anda.

4. Bagitau pakej secara spesifik. E.g: mau quo untuk 2 event (nikah+sanding) atau 3 event (nikah+sanding+bertandang). Biasanya bila dibumperkan, dapat best price sikit. Sekiranya ada permintaan lain, sila nyatakan di sini terus.

5. Kalau ada persoalan apa-apa, bolehla tanya juga @ lepas dapat quotation nanti. Oh yea, sekiranya anda ada budget tertentu, boleh juga nyatakan sebab tak semestinya harga tu fix, mereka boleh adjust ikut budget anda juga.

6. Say thanks! =D


Bahasa cerminkan diri kita juga kn? =)
Dah dapat quotation tu bolehlah buat perbandingan dan perbincangan.


Have a nice day!

Saturday, June 25, 2011

~Gamelan...ok ke?~

As salam lovelies!



Eheh, gamelan...biasanya di hari konvo kn?


Urmm...


Tapi kalau buat masa kawen, agak-agak ok tak ye?

Hee...sesiapa ada pendapat, meh la share sini =)



Penah survey Adunan Gamelan Irama Melayu...dia bagi skali ngn kompang...
katanya antara yang termurah...murah2 pn rib juga.

Ada sesiapa tau gamelan mana yang lagi murah?
Ekeke.

Hee...tqvm

Have a nice day!