Click for BEST OFFERS

Followers

Saturday, November 19, 2011

~Centerpeice idea yang mudah~

As salam lovelies!


Dolu-dolu pernah post hal centerpeice di sini.

Dan lepas balik dari kenduri kawen tadi, terus dapat idea macam bawah ni.



Tarra...






Jimat kos kan?

I mean bekas untuk letak bunga tu =)


Sukaaa =D


Have a nice day!

Thursday, November 17, 2011

~Sale: Beli bunga buy 1 Free 1~

As salam lovelies!

Nak share ni

Ada sesiapa tengah mencari artificial munge yang cantik-cantik?


Ada promosi beli 1 percuma 1

Yeahh

Ni antara hasil tangkapan



Tulip ni RM10.90, tapi dapat 2.

Best kan.




Beli 5 tangkai, dapat 10 tangkai.

Hiks


Ini juga

Setangkai RM3.50.

Ada range dari RM1.20 hingga lebih kurang RM10 mengikut kebesaran bunga.



Semua ni di KK Home Deco.

Cepat serbu.

Bunga berkualiti sangat-sangat.

Psst...hb harga RM19.90 pun ada.



Ini budak pun sibuk nak enterframe sebab suka sangat main bunga.

Aishhla. =p


Have a nice day!

Wednesday, November 16, 2011

~HIV Test~

As salam lovelies!

Alhamdulillah dah settle buat ujian HIV.



Prosedurnya:


1. Sila buat temujanji dengan klinik kesihatan berhampiran anda.

Walaupun rasa ia nya simple step, jangan dilengah-lengahkan sebab mungkin dekat-dekat tarikh tu nanti mungkin terpenuh.

Abisla koraaang. Hehe.

Eleh, padahal boleh je pergi kk lain kan?

As for me, di pagi hari cuba call 3 kk yang terdekat.

Discuss date paling hampir dan available. 

Setelah perbincangan dibuat, tarraaa tak pasal-pasal semua kk dah penuh in two weeks dalam masa sejam lepas phone.

Agaga. 

Maka nya, jangan pergi buat test tu di hujung tanduk tarikh nikah u olz ya.

Tapi jangan la awal sangat sebab validity test ini 6 bulan saja.


2. Jari anda akan dicucuk dan akan diletakkan ke satu kit.

Keputusan ujian mengambil masa 15 minit saja.

Yang lelain tu terambil masa untuk daftar, isi borang, dan tunggu keputusan.

Bertabahlah ketika menunggu.


3. Takda soal-soal pun. 


Siap!

Boleh isi borang nikah.

Yeay!



Oh ye, bagi b2b slangor, boleh contact kk di link sini.


Have a nice day!

Friday, November 11, 2011

~Tutorial quilling~

As salam lovelies!


Nak belajar cara asas quilling?

Hiks. Asas jela tapi.


Selepas post di sini dan sini, rupanya ramai juga yang berminat seni ni.

Hehe, ada yang tanya pasal tutorial.
Ikutkan, i pun beginner juga, just share simple steps with u sweety.



Sempoi saja.

Jom.



Bahan-bahannya.

kertas 80-120g 
gam
gunting
dawai bunga yang keras sikit@pencungkil gigi
pengepit ala-ala forsep

Simple step

1. Potong kertas a4 3mm lebar.


2. Di hujung kertas, gores dan menang sikit guna kuku. 
Nak bagi hujungnya sedikit nipis.


3. Lilitkan hujung kertas pada lidi@dawai bunga yang keras sikit@pencungkil gigi


4. Teruskan gulungan sehingga seluruh kertas tergulung.
Kepit sedikit gulungan itu.


5. Keluarkan gulungan itu dari dawai.


6. Kemaskan gulungan.
e.g. tangan kanan pegang gulungan tu, tangan kiri tarik kertas yang belum tergulung dan ulang langkah menggulung.
Kemaskan guna tangan anda.
Forsep boleh digunakan untuk proses ni. Terpulang, i tak guna pun.
Oh ye, tahap ketat gulungan tu bergantung pada design apa u nak buat.
e.g i nak buat bulat je, jadi gulung ketat-ketat.
Kalau nak buat design lain,loose2 pun takpe. Bergantung.

 
7. Laa, dah siap?
Eh eh jangan lupa lekatkan guna gam.
Hiks. sonang je kan?
Jadila bentuk bulat.
Sebab tu quilling=gunting dan gulung.



Tarraa...ok tak?

Kalau nak bentuk-bentuk lain, boleh belajar kat video tutorial sini dan sini tau.

Video dari youtube paling senang nak faham.


 Hope ada la ciput-ciput membantu.


Have a nice day!

Wednesday, November 9, 2011

~Diy mode: Quilling....~

As salam lovelies!


Apa itu quilling?

Gunting dan gulung kertas!

Senang je rupanya.

Hiks.

Konon-konon nak buat macam di post ini.



Camera hp cabuk je.

Blurry2.

Hee.


Have a nice day!

Tuesday, November 8, 2011

~My Dream Veil Contest By Non-Cinderella Story~

As salam lovelies!

Cik Lijah @ the author of blog Non Cinderella Story buat contest pasal veil.

Seronok baca blog Cik Lijah ni sebab dia suka buat entry diy veil.

Dan hasilnya sume santek2 woo.


Cik Lijah baru je lansungkan perkahwinannya baru2 ni, congrats to u and may Allah bless ur marriage, bahagia hingga ke syurga ya dear =)


Ok, mari terus ke acara veil dreaming itu.

Hikhik.



Mempersembahkan...veil kesukaan i...

























Taraaaaa











Tak lain tak bukan...







Fully Inspired by Intan Norazam...again =)


Potongan:
Veil berbentuk sedikit membulat di bucunya, patching french lace di bahagian atas kepala, dihalusi dengan manik-manik penuh dan indah sekali.
Wow hasilnya pasti mengiurkan. Eheh.




See the details...Keliling veil penuh manik.
I heart very much.


Warna:
Cream, bersesuaian dengan baju nikah nanti.
Aww santeknya kalau cik Lijah buatkan.
Wink wink.


Panjang:
Cukuplah sekadar paras pinggang, tak mau panjang meleret-leret sebab tak praktikal untuk digunakan.
Tak terlalu pendek juga sebab bercadang untuk pakai masa nikah, jadi harus sopan, dan labuh paras pinggang amat sesuai gitu.


 (Ref: Intan's FB)

Yeah, this is the right preview untuk kepanjangan veil itu.
Mau sedang-sedang, melepasi bahu hingga ke siku.
30" gitu.

(Ref: Here)
Jenis:
Kain chiffon adalah recommended bagi memberi efek flowy dan lembut, elok terletak tika dipakai, memberi nilai kehalusaan saat dipakai.






Ok, dah siap =)


Itu dia, my dream veil...inspired by Intan Norazam,
insyaAllah will be fulfilled by Cik Lijah. Ekeke. Amiin =)



Ups,belum settle, harus tag 3 orang untuk meneruskan legasi impian veil ini yang akan diadili oleh cik Lijah.
2. Dba

Jadi, apa tunggu lagi kawan-kawan, marilah join.

Yang tak tag tapi nak mencuba nasib pun di alu-alukan.

=)



Have a nice day!


*This is sticky post. Please scroll down for new entry. Tqvm*