Click for BEST OFFERS

Followers

Sunday, February 27, 2011

~E-day: Hantaran coklat~

Assalamualaikum semua!

Nak share hantaran coklat e-day ritu.





Taraaa






Bekas beroda ni beli di Romantika, Kajang.

Hiasan yang digunakan: renda...dan bunga span.

Simple je kan?

Hee


Have a nice day!


Uppz, jangan lupa LIKE Muslimah Vogue ya. Thanks =)

Saturday, February 26, 2011

~Contest mesti menang (Pelamin, Busana, Hantaran Impian)~

Salam lovelies!

Join contest anjuran Cik Tatie manis.


...
...
...


Bila dewan sudah dibooked, MUA sudah confirmed, NOW, masa untuk memikirkan pasal PELAMIN, HANTARAN, dan BAJU.. bagaimana bentuk pelamin yang sesuai, dan warna dan tema. Jadi, untuk memudahkan kerja Tati, Tati ingin mengadakan CONTEST bagi mencari idea untuk Majlis Tati nanti. Caranya senang, hadiahnya juga lumayan.. Apa yang anda harus buat, adalah memikirkan, mencari dan elaboratekan idea anda itu.... Mudah bukan?

Cara-cara nak sertai contest ini adalah :=
1) Anda perlu google (ATAU design sendiri)
- 1 gambar pelamin nikah/pelamin kahwin paling anda suka
- concept hantaran impian anda
- baju pengantin impian anda
2) Setiap gambar itu haruslah mempunyai caption yang tersendiri
3) Buat satu entry mengenainya, dan entri anda itu haruslah dimulakan dengan ayat ini... "Perkahwinan saya lebih lengkap dengan adanya pelamin, hantaran dan baju ini kerana......"
*bebas kepada anda berapa patah perkataan pun asalkan kreatif*

Hadiah-hadiahnya adalah :

Hadiah Utama
-wang tunai bernilai rm250
-2 keping tiket wayang di Cathay Cineplexes Platinum Movie Suite
-1 hadiah misteri

Hadiah Tempat Kedua
- sepasang kasut dari HEY GILFRIENDS
- sehelai baju dari MNG
- Wang Tunai rm50

dan
5x hadiah saguhati misteri

ALERT!!! tanpa ini, penyertaan anda tidak sah

1) Follow blog ini terlebih dahulu
2) Jangan lupa save banner ini sebagai bukti anda sertai contest ini
-cara nak save banner , tekan right click untuk dapatkan code banner
3) Pamerkan banner dan link blog ini di akhir entry anda:
4) Jangan lupa link-kan penyertaan anda ke entry ini (PENTING)
5) Bagitau rakan-rakan anda yang lain mengenai contest ini

Tarikh tutup penyertaan :
31 March 2011

-----------------------------------------------------------------------------

 Pelamin Perkahwinan impian

Pelamin dari Rins Suzana ini berkonsepkan english style, vintage dan memukau tiap mata yang memandang. Background yang unik, dan keseluruhan pelamin nampak ringkas, moden dan kontemporari serta mampu mencipta suasana indah dan romantis, memberi aura serta mood romantik pasangan mempelai.


  Baju perkahwinan impian

See...macam cinderella's dress kan. WoW! Busana ini menjadi pilihan kalbuku sebab buatkan i terasa diawang-awangan, ibarat fairy tale wed pula. Bila memakainya pasti merasakan kecantikan terserlah, kerana ketelitian manik-manik yang ditabur indah, design yang menarik (ada teknik ropol-ropol di sisi dress) ini akan membuatku rasa yakin tampil di khlayak ramai. Love it damn much.


Oh ya, perlu dipadankan dengan kasut ini.
Akan menjadikan i persis cinderella teragung di abad millenium ini. =D


Konsep hantaran impian


Gubahan hantaran by Arma ni sangat menepati citarasaku kerana sangat eksklusif, berkonsepkan padanan moden dan tradisional. Menggunakan bunga-bunga segar dengan kombinasi warna yang lembut (tapi i prefer warna yang agak terang sebab dalam gambar nanti lagi teserlah), nampak manis bergaya. Diserikan lagi dengan bekas hantaran berunsurkan ukiran tradisional. Indah sekali.



Akhir sekali, kena lengkapkan ayat ini...

Perkahwinan saya lebih lengkap dengan adanya pelamin, hantaran dan baju ini kerana saya amat menggemari konsep gabungan yang moden kontemporari, serta sedikit mode tradisional. Dekorasi pelamin berkonsepkan english style dan vintage yang dipenuhi rimbunan bunga, hantaran yang simple menggunakan campuran bunga segar pelbagai warna dan jenis yang mencipta rasa, serta pilihan busana persis puteri raja yang trendy tetapi masih mengekalkan kesopanan dan adab budaya melayu. Ya, saya pasti bahagia jika impian ini termakbul! Weee.


Thanks Tatie dearie buat contest ni...hehe buat i berangan lagi.

Have a nice day!


Jom LIKE Muslimah Vogue Shop jom! Tqvm. =)

Wednesday, February 23, 2011

~E-day: Hantaran Buah~

Assalamualaikum semua!

Tetiba teringat dekat hantaran buahku 



Raga tu = RM7.20 je beli kat Semua House. Cantik tak? =p

Hiasan lain, guna bunga span, riben

Buah-buahan: Anggur, apple, orange, pear....disponsor by auntie and uncle

Pengguna bijak tak?
Hikhik



Have a nice day!

Tuesday, February 22, 2011

~Mencari sesuap nasi~

Salam lovelies!


Mencari sesuap nasi. Alahai, tajuk tak boleh blah kali ni. Huhu.

Sebenarnya nak ajak all of u join my new fanpage di fb

named

...
...
...
...


taraaa

...
...
...

MUSLIMAH VOGUE
(type MUSLIMAH VOGUE dalam search box kat FB u olz and klik LIKE ya)
 


Ada jual-jual la sikit...

Boleh tengok-tengok dulu...














Kalau ada yang berminat, boleh juga ke http://bit.ly/muslimahvogue .

Macam-macam design t-shirt dan blouse ada.


Mencari duit tambahan mau kawin la katakn.

Ehee thanks. 

Have a nice day!

Monday, February 21, 2011

~Tazkirah dari seorang isteri~

Assalamualaikum semua.


Ehee live dok dengar cerita dari roomate yang baru kahwin dua minggu lepas.

Perkahwinan ini banyak ranjaunya.

Penyatuan dua insan, lain kepala, lain jiwa.

Huhu...masing-masing kena give and take.

Cuba fahami dan selami perangai pasangan biarpun sudah lama kenal.

Cuba jadi complementary.

Masing-masing jadi yang terbaik untuk rusuk kiri yang sudah terpatri.


Teringat pesan mama. kahwin ni susah =p

Ahaks

Jeng jeng jeng

Bergantung pada kita untuk mengemudinya.


Have a nice day!

Saturday, February 19, 2011

~Wrist corsage cipta kelainan~


Salam lovelies!

 Biasanya kita tengok pengantin bersama hand bouquet je kan.
Kalau nak kelainan, boleh cuba style ni, Wrist Corsage.
Menarik juga.
Jom layan jom...


 Bunga di pergelangan tangan.
Nampak mudah sebab lilitan tu hanya dibuat guna riben.





Boleh lekatkan pada gelang juga.



Ini corsage bracelets.
Gabungan pearl sekelian.
Suwiit juga.

Bridesmaid pun boleh pakai.


(Ref: Sini)

Eh i suka yang ni la. Wink wink.

(Ref: Larose)

Ini juga! Simple tapi cantik.


Jarang nampak pengantin pakai wrist corsage kan =)
Have a nice day!

Friday, February 18, 2011

~Wedding signage: Sangat penting~

Salam lovelies!

Mari cerita pasal papan tanda.


Kenapa mesti ada?
Papan tanda itu penting bertujuan bagi direction mana berlangsungnya majlis kita.
 Senang tetamu nak cam nanti.
Lebih-lebih lagi kalau di hari yang sama ada 2-3 majlis kahwin dekat-dekat.


Mana perlu letak?
Biasanya letak kat simpang-simpang jalan yang dah dekat-dekat rumah @ tempat resepsi diadakan.


Bila nak letak?
Biasanya di malam sebelum majlis tersebut diadakan.
Biasanya yang adik beradik @ saudara mara lah akan bantu pacakkan signage ni.


Apa yang perlu ada pada signage?
Nama pengantin
Tarikh/Hari
Anak panah


Sila pastikan juga FONT yang besar dan mudah dibaca digunakan.

Jom layan signage yang menarik ni jom.


 Aha, ini yang biasa, biasanya pacakkan pada batang penyapu @ seangkatan dengannya.
Nak nampak bling-bling dan attractive lagi, siap bubuh bunga manggar.



Aha, heart yang pic kiri tu. Ahaks. Menarik kan camtu.
Terpampang muka kita di situ. Ngee.
U olz pernah ke orang kat sini buat ye?
Pic kanan pula memang suwit. Vintage style.



This is so lovely. Tapi kena buat tinggi sikit, kang tak perasan pula.


(Ref: Once Wed)

Ni pun menarik. Tapi takda nya orang sini buat. Hehe.
Suai untuk garden wedding kan.


Benda ni nampak remeh, tapi kita kadang-kadang terlepas pandang.
Jangan di hari kejadian baru teringat, kelam kabut juga nanti.
Peringatan untuk diri sendiri juga. Wee.


Have a nice day!

Thursday, February 17, 2011

~Suai kenal: Tagged by Aya~

 

Salam semua!

Puan Aya tagged i di sini. Wee.

Akan tetapi sebelum ni i dah ditagged oleh Cikkin.

Recycle jawapan boleh? Hee.

Layaan


1. Apakah status anda

Single but already taken. Eceh.  Sudah bertunang dengan penuh kesyukuran.


2. Ceritakan tentang diri anda

Me? Nothin’ special. Hanya insan biasa yang impikan sebuah perkahwinan yang sederhana. Berselera besar tapi budget ciput. Miahaha. Itulah diriku yang hina dina ini.


3. Ceritakan tentang blog anda

Disebabkan berbudget sederhana, blog ini akan diserikan lagi dengan rentetan kehidupanku dalam usaha dapatkan idea dan hunting apa sahaja yang berkaitan w-day untuk si budget sederhana juga. Sharing is caring. Caring is loving. Yes, I love u blog. Eh tiba-tiba.  Ok, I love u readers. Wink wink. Oh ya, blog ini baru berusia tiga bulan satu hari menurut incek ticker. Masih setahun sebulan jagung. Kerdil sungguh rasa diri ni dalam dunia blogging. Bermula dengan rasa suka-suka, tapi aihh teraddict jugakla untuk share dan baca others b2b idea and tought hari demi hari. Ewah.


4. Apakah pendapat anda tentang dunia blog

Dunia blogging ini sungguh meriah rupanya. Di sini automatically jadi kawan dengan semua orang especially b2b lain. Suka bila berblogging secara sihat.


5. Nasihat kepada kawan-kawan yang baru nak buat blog

Hey u, marilah join kami. Seronok! Nikmati dan rasailah sendiri kehangatannya. Hehe awat kamu ni ngarut sangat cik kitakesitu. Aishhh. Alamak, termonolog luaran la pulak. Uppss.


6. Nyatakan keunikan blog anda

Tiada yang unik setakat ni menurut kaca mata saya. Huhu. So-so saja.


7. Sampai bila nak menulis blog & impian anda dalam dunia blog

Selagi ada line tenet, dan rasa kesungguhan untuk menulis. Impian, semoga sikit sebanyak membantu b2b lain juga. Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan =)


8. Tag 5 orang yang anda nak kenal

Hari tu sudah tagged mereka di bawah



Thanks my lovey dovey b2b sebab sudi melayan tagged kenal-kenal ini hari tu.
 


Love.
Have a nice day!

~Ally Iskandar yang Merah~

Salam semua!

Saja nak share pic pertunangan Ally Iskandar dan Aishah Gadis Melayu 1




Wow, merah menyala!
Merah itu menawan kan.

Best part bila wartawan tanya kenapa pilih Aishah,
Jawapan Ally.....

“Kalau diikutkan saya seorang yang cerewet dalam memilih teman. Bagaimanapun, Nur Aishah ini lain orangnya kerana saya tidak pernah mempersoalkan apa-apa mengenai wanita sepanjang berada di sampingnya. Bahkan, saya ingin selalu bersamanya”

Wohaa...ololo suwiitnya



Have a nice day!

~"FIRST GA FROM DIVA'S SHOPPE" ...~

Salam semua.

Join GA dari Diva's Shoppe 






SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

  1. korang kene jadi follower blog ni : Diva's Shoppe
  2. korang kene jadi follower blog ni plak : Mr. & Mrs. Right's Diary
  3. buat 1 entri ringkas pasal GA ni kat blog korang...tajuk entri : "FIRST GA FROM DIVA'S SHOPPE" ...
  4. letak picture kat atas tu kat sidebar korang beserta LINK utk entri contest ni....
  5. tag 5 orang rakan korang utk join contest ni...(make sure diorang tau diorang di tag!!...)
  6. tinggalkan LINK korang..

Ok, mau tag 

adibah
nana
ainee cumi
liza
sara

Done. =)

Wednesday, February 16, 2011

~Centerpiece idea~

Salam lovelies!

Jom tengok idea decor untuk centerpiece jom.


Wohaa...letak gambar kita dalam jar. Simple je kan.
Boleh bubuh riben sikit baru tiut.
Vintage style.


Flower. Ni dah biasa dan ke cun nan nya memang dah established.
Tapi tak lekang dek zaman. Hehe apekah ayatku.


Tengok no 2 ye. Fabric flowers. Ok, ni lain sikit. 
Retro style. Handmade flower dari kain.

Oh yeah. Buah-buahan!
Cantik letak buah yang striking warnanya.
Jangan la pulak letak durian. Agaga.


 Ini pun lain juga. Sayur-sayuran jadi perhatian.
Biasanya dok di dapur je kan.


Ni centerpiece berkonsepkan buku-buku lama.
Nampak educated sikit. Haha.

(Ref: Sini)


Macam-macam idea yang kita tak terfikir pun.
Barang-barang tu dekat je dengan kita dan tak perlukan kos yang banyak.


Have a nice day!

Monday, February 14, 2011

~Bentuk Gaun Pengantin Mengikut Tubuh~

Salam semua!

Ehee, mana satu shape u olz? 


Jom kenal-kenal gaun ikut bentuk badan kita jom.



Inverted pear = bentuk tubuh seperti buah 'pear' iaitu memiliki bentuk tubuh yang lebih besar di bahagian atas dan kecil daripada pinggul.
Pilihan paling tepat untuk bentuk tubuh ini adalah gaun besar di bahagian bawah atau 'ball skirt gown' bagi mengimbangi bentuk tubuh.



Hourglass = bentuk tubuh yang memiliki keseimbangan dari atas kepala hingga kaki.
 Pewiitt..kalau badan jam pasir ni tiada masalah.
Memang pakai apa-apa jenis gaun pun cun. 



Apple = Memiliki bentuk tubuh yang besar pada bahagian atas dan pinggul tetapi tidak mempunyai garis pinggang yang jelas.
Jadi, boleh cuba gown yang dapat menampakkan pinggang dan jauhi gaun yang 'scoopneck' dan potongan lurus.



Pear: Bentuk tubuh lebih kecil di bahagian atas berbanding di bahagian bawah.
Paling sesuai mengenakan gown 'halter neck' dengan tali kecil dan full atau semi-full ball gown. 
Jangan sesekali memilih gown yang rendah pada bahian hadapan dan ketat pada bahgian pinggul atau berbentuk lurus.




Ehee, admire hourglass shape.
Pakai apa je cun and senang cari baju.
Oleh itu, sila diet! (pesanan untuk diri sendiri)


Aha, untuk tau pilihan fabrik gaun yang sesuai, klik sini ya.

Have a nice day!

Salam maulidur rasul =)

Sunday, February 13, 2011

~Belon oh belon~

Salam lovelies!

Just nak share info pasal

Jeng

Jeng

Jeng



3rd International Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta

17-20 March 2011

7 am- 9 am

Monumen Alaf Baru, Precint 2, Putrajaya






Ada macam-macam bentuk kan?

Cantik

Pernah naik? Best tak? Hee



~Ahad...~

Salam semua.

Ahad...datang lagi...aishh

Bumi berputar macam cepat je sekarang kan.

Aiyak.

Heee.

Selamat hari Ahad kawan-kawan.

Have a nice day!

~"Ucapan Romantis Untuk Si Teruna"~

Salam.

Join contest anjuran Blog Pilihan Malaysia



Syarat-syaratnya:
Ada 3 kategori yang anda boleh pilih. kategori tersebut adalah:
  1. Ucapan Untuk Suami/Isteri - kategori ini untuk mereka yang telah pun berkahwin. jadi anda hendaklah membuat ucapan romantis kepada suami ataupun isteri anda.
  2. Ucapan Untuk Si Teruna/Si Dara - kategori ini untuk mereka yang tengah bertunang sahaja. jadi anda hendaklah membuat ucapan romantis kepada pasangan tunang anda.
  3. Ucapan Untuk Kekasih - Kategori ini untuk mereka yang tengah bercinta atau pun bercouple.. jadi anda hendaklah membuat ucapan romantis kepada pakwe atau makwe anda.

Harap anda boleh kenal pasti kategori anda. jadi macam mana nak join? ok, mudah saja..


Anda perlu buat satu entri yang mengandungi:
  • Tajuk entri "Ucapan Romantis Untuk Kekanda atau Adinda".. sila pilih sama ada untuk kekanda atau adinda..
  • Link blog ini.
  • Sekeping gambar anda bersama pasangan anda. bagi yang belum berkahwin sila pastikan gambar anda tidak keterlaluan.. (update : kalau tiada gambar bersama pasangan pun takpe)
  • Nyatakan nama pasangan anda itu, sila nyatakan sekali blog pasangan anda jika ada.
  • Nyatakan bagaimana anda boleh berkenalan dengan pasangan anda, dan ceritakan peristiwa manis di saat anda mula-mula berkenalan dengan pasangan anda..
  • Buat satu ucapan yang sangat romantis sekali untuk pasangan anda itu. buat dalam ayat yang mudah difahami dan jangan gunakan perkataan yang tidak senonoh ye, heheh.

____________________________________________________________
(Gambar telah dibuang lepas abis contest)

Perkenalan 10 tahun yang lalu bermula bila si teruna terdengar rakan sekelasnya bercerita tentang si dara tatkala mereka sama tempat tuition. Semangat inkuairi yang melampau tiba-tiba wujud ketika itu, walaupun si teruna tak pernah bertemu si dara. Boleh pula si teruna yakin si daralah pilihan hidupnya. Tambahan pula si dara ni adik kepada guru si teruna. Haha. Oh ya, si teruna dan si dara bersekolah di tempat yang berbeza.

Bermulalah kisah hunting si teruna, mencari pelbagai idea untuk dapatkan contact number si dara secara sendiri. Nasib si teruna baik sebab telah ke kem kepimpinan anjuran daerah dan berjumpalah dengan classmate si dara. Si teruna sangat excited lepas dapat tau email address si dara.

Misi mengorat diteruskan melalui cyber. Namun tiada balasan. Si teruna sangat sedih tapi tak putus-putus harapan. Si teruna tetiba terfikir yang email si dara tu salah. Yeeha. Nasib si teruna baik la masa tu sebab si teruna berjaya agak-agak email address si dara. Tertinggal underscore puncanya. Haih.

Si teruna melompat kegirangan tatkala si dara mula beri respond!(ok, ni si dara tipu.haha tak tau la pulak lompat ke tak). Lepas tu bermulalah rutin berbalas-balas email dan chatting antara mereka, balik sekolah je terus campak beg, on  kan komputer tanpa sempat buka beg, stokin, dan juga tudung sekolah si dara. Fenomena ni sungguh hebat sampai bil internet rumah masing-masing melambung tinggi. Hehe. Begitulah bermulanya permulaan perkenalan kami.

Alhamdulillah, kami telah ditunangkan dan dalam menuju ke hari bahagia kami. Kita hampir ke situ. Wink wink.



Ucapan romantis? (sila jangan muntah ok,hehe)

I love you abg, day by day, and it getting worst. Hope our love will never fade and getting stronger. Semoga hubungan ini akan ditermaterai dengan sebuah ikatan rasmi, suci yang akan membawa kita sama-sama ke sebuah fasa kehidupan yang lebih sempurna dan membawa kebahgiaan yang kita bina ini ke syurga, mendapat keredhaanNya, insyaAllah.




Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu




Tiada kisah cinta Febuari kerana hari-hari adalah hari cinta kami.

There are seven wonders in the world, but for me there are eight, including you...si Terunaku!



Heee, done!

Saturday, February 12, 2011

~CONTEST : PHOTOSHOOT PERCUMA bernilai RM150 anjuran Faridism Photography~


Salam semua.

Jeng jeng jeng



Iye, ada contest dari Faridism Photography.


Syarat-syaratnya:

1. Buat satu entry berkaitan contest ni. ( CONTEST : PHOTOSHOOT PERCUMA bernilai RM150 anjuran Faridism Photography ) & letakkan banner contest di entry dan sidebar anda.
2. Dalam entry tu, tulis SEBAB kenapa anda harus dipilih untuk menang PHOTOSHOOT PERCUMA ni. Dan juga, tulis TEMA dan shoot macam mana yang anda nak. Kalau ada contoh gambar lagi bagus. Contoh : Photoshoot couple, potrait, keluarga, kawan ataupun apa2 sahaja :)
3. Link kan blog ni dalam entry anda.
4. Diwajibkan follow blog ni untuk mendapat tahu updates terbaru tentang contest ni & kalau nak LIKE page Faridism Photography di SINI pun boleh :)
5. Tag minimum 3 orang kawan dan make sure kawan anda tahu yang dorang kena tag.
6. Tinggalkan link entry contest anda dalam komen dibawah.

______________________________________________________


Ok, mari mulakannya sekarang! Ewah semangat!



Sebab nak join contest ni?

1.Pre wed itu penting
- Sebab nak share happiness to all invitation through the picture (maybe akan bubuh in wedding card, banner, etc)
- Photographer dapat transformkan gambar bride dan bridegroom to be dengan lebih indah
- Gambar yang terserlah kasih sayang abadi antara pasangan itu boleh ditunjukkan pada anak cucu 7 keturunan (haha,over)
- Momen momen sebelum bertukar status.eww

    2. Talent dari Faridism Fotography: Tengok portfolio macam best je, berbakat besar. Mampu mengembangkan potensi dalam bidang seni fotografi ini.

   3. Its FREE! Haha I like 10 juta kali. Dengan itu, boleh save budget sikit almaklumlah banyak duit kena allocate untuk banyak hal lagi, pelamin, baju, hantaran, make up, favors, catering dan lain-lain lagi. Jadi dengan ini akan berasa sangat bahagia bila terpilh (please pilih saya. lol). 


Tema

Happy hour; fancy and full with loves
Why? Sebab pre wed mau simple and natural.  


Props

1.Ballons, lollipop @ layang-layang, boleh jadi juga kipas yang bewarna warni

 Wohaa kalaulah boleh terbang sebegini bersama-samanya. Hehe.

 (Ref: Here)

Bestnya banyak-banyak benjolan belon itu. Wee.

  Incek tunang, nanti bawa i lari-lari camni boleh? Haha.

Heart the heart balloon shape.

(Ref: Here

Ololo, suwitnya macam ni.Hee.


 Yes, this is defenitely what i dream!
Eh eh. bukan kissing action ye kawan-kawan, haram tu. Kuikuikui.
Tapi lokasi tu bersama-sama fancy belon yang riang.


(Ref: Ahmad Fairus photography)

Pacak-pacakkan lollipop atas tanah menarik kan.
Iye, ni gambar wed thezaila ex-b2b juga. Hee.
Nice one.


Wee nak macam kipas angin warna warni dan besar-besar itu boleh?

2.Fresh flowers:roses@tulips @ gula-gula kapas

Roses...awww 

Ada tak ya gula-gula kapas warna warni camni. Heee.


3. Frame

 (Ref: Google)

Kiutkan macamni?


Lokasi

Mungkin di padang @ tanah lapang.
Tapi lepas tengok filem Lagenda budak setan, suka ya amat dekat pokok diorang shoot tu. Kat upm je pun. Hee.
Atau dalam studio with white background. Just u and me. Wow cantik juga.


Nilah pokok LBS tu, di Padang Ragut UPM, Serdang.




Ok, jom tengok poster pre wedku bersama Faridism photography.

Ehee.

 
Eheh, amacam, orait tak poster ni? Ahaks. =p


Orait, last sekali, kena tag 3 orang.
cikkin
cikFM
adila

Done!


Semoga ada rezeki. Amiin.