Click for BEST OFFERS

Followers

Monday, January 31, 2011

~Inspirasi Tudung Nikah Cantik~

Salam lovelies!

Saja layan picca di bawah ni.

Fesyen tudung yang cun sekarang.

 

(Ref: http://syokkahwin.com/blog/2009/12/25/gambar-aida-gadis-melayu-kahwin)

Sukaaa sangat design ni.
Cop, kalau muka bulat sesuai tak ye? Aiyak.
Sesuai kot kan. Hihi.


(Ref: http://www.pesonapengantin.com.my/highlights/default.asp?f=427421458220110109#http://www.PesonaPengantin.com.my/imej/2011/0105/highlights/gayatudung/tudung1.jpg)

Haa stylo juga kan fesyen ni.
Recommended untuk si muka bujur sireh.
Sebab nanti nak kena letak aksesori berjurai-jurai atas dahi tu.


(Ref: http://www.pesonapengantin.com.my/highlights/default.asp?f=427421458220110109#http://www.PesonaPengantin.com.my/imej/2011/0105/highlights/gayatudung/tudung1.jpg)

 Yang ni pun nampak sweet and nice sangat.
Simple, tapi veil dia canteeeek sangat la. =)


 (Ref: http://www.pesonapengantin.com.my/highlights/default.asp?f=427421458220110109#http://www.PesonaPengantin.com.my/imej/2011/0105/highlights/gayatudung/tudung1.jpg)

 Ni pun sama. Simple je, tak sarat. Love.


(Ref: http://www.facebook.com/Koleksi-Vispera-Vispera)

Ini juga cantik. 
Tudung simple, tapi penuh dengan manik-manik atasnya.



 Mukaku bulat.
Misi cari tudung yang boleh kuruskan dan runcingkan mukaku ini.
Hehe. Boleh ke?

Aha, lagi style pemakaian tudung menarik ada di sini.



Updated:
Psst...

Ni tudung nikah i



Nak tempah? Klik sini dan sini tau


Baju nikah pun boleh sewa juga.
Klik sini tau.



Haa baju sanding pn boleh sewa meh
 

Klik sini ye



Kepada yg tercari-cari veil murah yang cantik, boleh beli juga di sini.




Have a nice day!


*Sila klik untuk khidmat sewaan

Jom jengok ke jualan blouse anggunku skali ye lovelies,
Muslimah Vogue Shop.

Really appreciate ur time darl =)

~Kelly's Life GA~

Salam.

Saja mencuba nasib di GA kali ini anjuran Kelly.

Cuba tengok hadiahnya.




Best kan.

Syarat-syarat lanjut, boleh klik di SINI.

Tata.

Saturday, January 29, 2011

~Kenali Wali Anda~


Salam readers!

Nak kahwin kena ada wali kan.

Peranan wali dalam pernikahan amat penting kerana ia merupakan salah satu daripada rukun nikah. Sekiranya pernikahan dilaksanakan tanpa wali ia adalah tidak sah dari segi hukum syarak. Wali hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan.


(Ref: http://www.facebook.com/wowphoto)


Jom kenali wali kita =)


Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara':

1. Bapa Kandung.
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas.
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa.
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa.
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa.
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa.
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya.
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya.
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki).
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki).
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
21. Wali Hakim.


Kuasa wali tidak boleh berpindah kepada orang lain selagi wali di kedudukan teratas masih hidup dan mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai wali.

(Ref: http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=346)

Thursday, January 27, 2011

~Nak free Photoshoot tak?~

Salam semua!

Miss JJ from Our Sweet Serenade Signature Photoshoots nak bagi free photoshoot.



Siapa mau angkat tangan!

Hehe.

Limited untul 7 orang yang terawal je tau.

Syarat-syarat lanjut, klik SINI.

Tapi shoot di PENANG la, sob sob sob.

Siapa di area sana bestla.

Tak mo buat di KL@Selangor ke?

Wink wink


=p

~Veil cantik: selamat terjual. Yeay!~


Salam!

Veil cantik dalam entry ini selamat dibeli oleh insan bertuah. Yeay.



Semoga aura kecantikan veil tu akan buat cik bakal puan Kautsar lebih berseri-seri di hari bahagia itu nanti.

Dalam proses penghantaran ni.

Yeeha...Tungguuuu. 

=p

~Jualan murah: Veil cantik~



Salam readers!


Ola, tuut cakk!


 Ololo, cute tak saya? Veil saya?
  

Ni panjang veil saya. Suwiitnye bila pakai.


Eheh, sapa nak beli veil yang cantik ni? Cepat-cepat..



Description: Veil ni hanya dipakai sekali saja masa tunang dulu.
Warna: Peach Cun Melecun
Harga: RM50
Condition: Sangat baik. Bau kedai lagi kot. Hehe.


Yeay.
Sapa nak bagitau tau.
Siapa cepat dia dapat. Ehee.




STATUS: SOLD 



tapi yang koleksi bawah ni belum sold out ye.







 Klik SINI untuk lebih lanjut 

tqvm

=)

 
 

~Suai kenal: Tagged by Cikkin~


Salam semua!
Ehee….saja nak layan tagged ni. Tagged by Cikkin.

Layaan


1. Apakah status anda

Single but already taken. Eceh.  Sudah bertunang dengan penuh kesyukuran.


2. Ceritakan tentang diri anda

Me? Nothin’ special. Hanya insan biasa yang impikan sebuah perkahwinan yang sederhana. Berselera besar tapi budget ciput. Miahaha. Itulah diriku yang hina dina ini.


3. Ceritakan tentang blog anda

Disebabkan berbudget sederhana, blog ini akan diserikan lagi dengan rentetan kehidupanku dalam usaha hunting apa sahaja yang berkaitan w-day untuk si budget sederhana juga. Sharing is caring. Caring is loving. Yes, I love u blog. Eh tiba-tiba.  Ok, I love u readers. Wink wink. Oh ya, blog ini baru berusia dua bulan sebelas hari menurut incek ticker. Masih setahun sebulan jagung. Kerdil sungguh rasa diri ni dalam dunia blogging. Bermula dengan rasa suka-suka, tapi aihh teraddict jugakla untuk share dan baca others b2b idea and tought hari demi hari. Ewah.


4. Apakah pendapat anda tentang dunia blog

Dunia blogging ini sungguh meriah rupanya. Di sini automatically jadi kawan dengan semua orang especially b2b lain. Suka bila berblogging secara sihat.


5. Nasihat kepada kawan-kawan yang baru nak buat blog

Hey u, marilah join kami. Seronok! Nikmati dan rasailah sendiri kehangatannya. Hehe awat kamu ni ngarut sangat cik kitakesitu. Aishhh. Alamak, termonolog luaran la pulak. Uppss.


6. Nyatakan keunikan blog anda

Tiada yang unik setakat ni menurut kaca mata saya. Huhu. So-so saja.


7. Sampai bila nak menulis blog & impian anda dalam dunia blog

Selagi ada line tenet, dan rasa kesungguhan untuk menulis. Impian, semoga sikit sebanyak membantu b2b lain juga. Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan =)


8. Tag 5 orang yang anda nak kenal

Laa, napa 5 je?
Ehe, ok...mau tagged b2b di bawah. Yeay.


 Alamak, dah tertagged 6. Takpe kot terlebih satu. Hihi.



Done.

Wednesday, January 26, 2011

~Vote!: Hot! Pedas! Panas! Tulips Wed Theme~


Salam semua.

Buka je blog rini, jadi kompius la pulak bila  baca kat shoutout ada yang kata dah vote i.

Miahaha.

Ghope-ghopenya CST Production dah reveal how to vote untuk sesiapa yang masuk contest "What's Hot is Getting Hotter".



Maka dengan rendah hati,
mau minta my lovelies untuk vote me di entry no. 24 di link bawah ni.




Manalah tau impianku ini mungkin menjadi kenyataan...

Berangan pakai baju LyndaRahim Kuala Lumpur dan semua momen indah dicapture oleh CST Production.

Bestnye...Waahh (dreaming mode...again...aish kamu ni cik kitakesitu oooi)

=p


Ini entry tersebut. Wuhuuu =D


Really appreciate ur time lovelies.

Love

Monday, January 24, 2011

~Panduan Perkahwinan Budget Sederhana (Part 3)~


Salam semua!

Nak sambung panduan si budget Part 3 ni.


7. Pelamin

Buat tinjauan dari pelbagai butik dan sesuaikan dengan budget anda. Dapatkan quotation dan buat pilihan bijak dengan melihat pakej ekonomi, atau gabungkan majlis untuk mendapat harga yang lebih berpatutan.

(Ref: http://www.facebook.com/Butik-Pengantin-Kusha-Weddings-Events)


8. Make up

Jika anda hanya mengambil pakej solekan dan dandanan sahaja, sudah tentu harga agak mahal. Apa kata anda rangkumkan dengan pakej pelamin, busana, dan aksesori. Sudah tentu pakej yang ditawarkan juga menepati budget anda.

(Ref:http://www.facebook.com/dlaramli)


9. Photography

Utamakan budget untuk gambar dan rakaman majlis perkahwinan anda kerana ia hanya akan berlangsung sekali seumur hidup. InsyaAllah. Pastikan anda memilih jurugambar yang tepat supaya dapat merakamkan saat manis anda berdua, serta kemeriahan majlis tersebut.

(Ref: http://www.facebook.com/Kamerakapok-Photography)


Dah cerita 6 perkara yang perlu diambil kira sebelum ni.
Dah baca?

      Part 1 (Tarikh, Lokasi, Duit hantaran & Mas kahwin)
Part 2 (Cincin perkahwinan, Baju bersanding, Bunga telur/Cenderahati)


Have a nice day readers!
Tata

Sunday, January 23, 2011

~Paper Lantern mencipta aura elegant~

Salam!

Tetiba terberkenan dengan paper lantern decoration.

 Geram tengok.

Ada macam-macam warna dan bentuk.

Setiap warna mencipta rasa dan mood.


Jom layan ni.

 (Ref: http://www.facebook.com/ministryofmoment)


Cantik sangat-sangat. Mak aii napa rasa suka sangat eh?

Sempena raya cina kot? Hehe.




(Ref: Google)

Banyak sumber bagitau paper lantern ni murah dan mudah didapati di China Town @ Petaling Street.

Just gantung-gantung je kan. Mudah tapi elegant.



I heart it.


~Ouchh! tertusuk selumbar~


Salam semua!

Tetiba teringat petua ni. 

Jadi, saja nak share. 


Ups ni bukan petua bila sembilu tertusuk hati ye kawan-kawan. Ahaks.

Ni kalau serpihan kayu ke @ benda-benda tajam yang halus tak semena-mena termasuk ke isi jari jemari tangan ataupun tapak kaki u olz.


Bahan-bahannya (upz macam nak memasak la pulak...kui kui kui):


Tarraa...sila kidnap selabu seulas bawang putih ya. 
Ketuk-ketuk sikit ujungnya, dan sental dekat tempat yang termasuk benda tajam tu.

Memang sakit sikit awalnya, tapi tahan kejap je.

InsyaAllah, menda alah tu akan terkeluar.

Kalau belum berjaya, tonyoh je lagi sampai keluar ya. 

Berbau bawang la sat, tapi pastu boleh je basuh bersih-bersih, wangi balik kan beserta perasaan yang legaaaa.


Hehe.
Mungkin bila kita terkena kita lupa, tapi boleh share tips ni pada yang terkena.


Sharing is caring.

Tata.

Saturday, January 22, 2011

~Mana nak letak ego bila sah jadi isteri?~

Salam semua.

Tiba-tiba nak share pesanan kawan i...dia dah kawen dekat setahun lebih.


Dia pesan, bila dah sah ijab dan kabul, maksudnya kita kena taat pada suami.
Ya benar.
Dan semua pun tau hal tu.


Dia pesan lagi, kena rendahkan ego.
Ya, itu betul. 
Masing-masing kena give and take.
Dua-dua kena rendahkan ego.


Mula-mula memang semua indah.
Tapi lama-lama, tak pasal-pasal kalau kerana ego, masing-masing tak mengalah, semua jadi haru-biru.
No no no.
Tak mo la macam tu kan.


Dia pesan lagi,suruh letak ego rendah-rendah.
Bila i tanya, serendah mana?
Dia jawab, serendah.....bawah tapak kaki!


What say u?
Bila i dengar, i macam waaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Haha.


Conclusion: Tahap kesabaran perlu ditingkatkan demi menjamin keharmonian rumah tangga. Belum kahwin pun dah macam-macam dugaan datang kan. Aiyak! Sod ba ro banyak-banyak ye.

Friday, January 21, 2011

~Yeay, dah jumpa gambar hitam putih klasik! ~


Salam semua!

Yeay, setelah digodek-godek, jumpa artifak ni.



Ehee...ni gambar siapa ni?






Ololo...ni gambar mama ngan abah kita di hari persandingan diorang.

Nak buat apa?

Nanti nak masuk contest anjuran Pameran Pengantin Malaysia-Urban Vibe.

So next step, mau korek-korek cerita mereka. Hehe.




U olz dah join ke?
Have a nice day!
Tata.

Tuesday, January 18, 2011

~Adore this lovely makeup touch~

Salam readers!

Sangat-sangat suka dengan semua pic kat bawah ni. By Dila Make up.





Transformasi sebelum dan selepas make up sangat impressing.



                   Before                                                            After


                     Before                                                          After


                                                                          Before                                     After






Kiranya tak la nampak kejanggalan pada muka kita sangat nanti kan. Huhu.

Natural dan tak melebih-lebih.

Tapi outstanding. Tak la sampai kang laki pun tak kenal wifey. Ahaks.



Semua pic milik Dila Make Up.

Nak tengok lebih lanjut, klik SINI ya.

Santek-santek semuanya.

Really adore her touch!



Sunday, January 16, 2011

~Mas Kahwin~

Salam readers!

Just nak share pasal Mas kahwin @ Mahar



Mas Kahwin @ Mahar

Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

  

Hukum Pemberian

Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah.



Kadar Mahar

Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :

" اعظم النساء برآة أيسرهن مؤنة "
Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar ).


(Ref: http://www.islam.gov.my)



Kadar mas kahwin yang telah ditetapkan oleh JAKIM adalah seperti berikut;
 
Bil.
Negeri
Nilai
1
Johor
22.50
2
Melaka
40.00
3
Negeri Sembilan


a. Bukan Waris
b. Ahli Waris
c. Kerabat Diraja di Wilayah
24.00
48.00
725.00
4
Selangor


       a. Puteri Sultan
b. Puteri Raja Muda atau Puteri  kpd Putera Sultan yg bergelar
c. Puteri Kerabat
d. Puteri Anak Raja (Waris)
    Puteri Anak Raja (yang lain)
e. Anak Perempuan org-org
    besar
f. Cucu orang besar
g. Orang Kebanyakkan
2500.00 2000.00

1000.00 550.00
300.00 300.00  

200.00 80.00
5
Kuala Lumpur
80.00
6
Perak
101.00
7
Pulau Pinang
24.00
8
Kedah

9
Perlis

10
Pahang
22.50
11
Terengganu

12
Kelantan

13
Sabah
100.00
14
Sarawak
120.00
15
W.P. Labuan
80.00

Ni untuk anak dara, if janda, biasanya separuh nilai dari anak dara. Huhu.


Sebenarnya, pemberian mahar suami adalah sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.


Tapi rasanya, Selangor naik jadi RM300 kan? Rasanya tak menjadi masalah mas kahwin nilai camtu,sebba yang ni wajib. So adjust nilai wang hantaran mengikut kemampuan.



Have a nice day readers!
Tata