Click for BEST OFFERS

Followers

Friday, December 31, 2010

~E-Day: Hantaran 5 vs 9~

Salam readers!

Ni hantaran masa bertunang dulu.

Mulanya plan 5 vs 7
Tup-tup terjadi 5 vs 9. Eheh.


Ini dari pihakku ke incek tunang.

1. Sireh junjung
2. Kek
 3. Coklat
4. Cookies
 5. Kain dan Songket
  6. Buah-buahan
7. Kek lapis
8. Potpurri moden
9. Bunga rampai potpurri



Ini pula hantaran dari incek tunang.

1. Tepak sireh
2. Cincin
3.Kek
4. Coklat
5. Kain pasang



Wee.

~Toy Museum: Syurga Mainan~

Salam readers!

Pernah pergi Toy Museum?
The World's Largest Toy Museum tau.



Dekat mana?


Dekat Penang. Jalan Tanjung Bunga, dekat Hotel Corpthorne.

  
Harga tiket:
RM10 Dewasa
RM6 Kanak-Kanak


Ni pandangan dari depan pintu masuk.

Children will really enjoy every moment when they are entering this place. 
Kaki cartoon memang sesuai datang!

Tak caya cuba layan gambar-gambar ni sikit. Nanti sambung part II ok.
















Tata

Thursday, December 30, 2010

~Popia Stesen Kuale yang sedap~


Salam readers!

Nak share kedai popia best kat Kuala Kangsar.



 Popia Stesen nama gerainya.
Lokasi: dekat area stesen keretapi Kuala Kangsar


 Ni harga-harganya.

Popia ni memang famous abis sejak dulu.
Siapa yang belum try, kalau lalu sini bolehlah singgah.


Orait, jom layan gambar-gambar kat bawah.





See...lepas kitorang beli popia dan cucur udang, tak berhenti orang datang serbu. Memang famous amos betul. Hehe.


Apa lagi? Lets try...


Sos dia serius sedap. Nyummy-nyummy!

~AM Photography New Year Giveaway 2011~


 

Salam semua!


AM Photography buat GA.


Hadiah Yg Menanti Pemenang
1. Pakej Fotografi bernilai RM150 + Voucher RM50 AM Collection
2. Pakej Fotografi bernilai RM100 + Voucher RM30 AM Collection
3. Pakej Fotografi bernilai RM50 + Voucher RM15 AM Collection


5 Hadiah Saguhati
Voucher (RM5) utk pembelian di AM Collection
 


Syarat-syarat lanjut klik SINI.



GA ni dimantapkan dengan penaja bersama berikut:

Monday, December 27, 2010

~Iphone 4 ke Blackberry Torch~


Salam semua.

Pilih iphone 4!

Eh soalan dan syarat-syaratnya di sini.


Ok, Tata

Sunday, December 26, 2010

~Kedai Kahwin murah di Semua House~

Salam Readers!

Ada 3 buah kedai murah jual barang-barang kahwin di Semua House.



Yang pertama, kedai Yen Riben. Aras G.


Ada jual bunga telur lapan posen. 


Cantik pulak tu. Kira OK tau siap guna bunga span.



Kedai kedua pula, SinMin, kiranya kalau keluar je dari kedai Yen Riben, tolehlah ke kanan. Sure jumpa punyalah. Hehe.



Dan kedai murah ketiga pula di aras U5 Semua House. Sila naik lift. Jangan tekan tingkat 5 pula tau kang sah-sah tak jumpa. Hehe.

Nama kedai ni Sayang You.
Eh U syg I? Maceh...Peh berdrama la pulak. =p 





Selamat jadi pengguna bijak.

Tata.

Friday, December 24, 2010

~Perfume: Sogo Sale~

Salam Readers!

Sekarang kat Sogo tengah sale perfume.
Sesuailah pada sesiapa yang tengah survey or merancang nak beli.


Konon-konon abis sale 2 Januari 2011. Eleh. Tipu je tu.
Setakat pergi Sogo tu, tak pernah nya tak sale. Hehe.
Cumanya masa ni la dia bagi free miniature n gift lebih sikit dari selalu.



Gambar di atas sangat tipu kalau datang di hari weekend atau cuti umum. Sure dah tak nampak carpet sebab semua dah dipijak orang. Ekeke.


Selamat membeli dan belah ya. Huhu.
Tata


~Kedai Kahwin Murah di Chowkit ~

Salam readers!

Kedai kahwin murah ada banyak. Sebabnya ada yang kat situ murah tapi barang lain mahal sikit. So pandai-pandaila kita kan.

Aha, ada yang kat Chowkit. Dalam pasar tu. Nama kedai Kedai Bunga Vivian. Alamat dia, No8, Jalan Haji Hussein. Dulu beli dulang hantaran pun kat sini. Tempat lain RM25, kat kedai ni baru RM19. Beza enam ringgit tu satu. Huhu.

So kali ni syor dan temankan kawan yang nak kahwin next year beli kat sini. Cari barang tuk bagi gift ke tetamu.



Dan hasilnya...Taraa....





Beg ni

Beg ni besar tau. Panjang dia ala-ala sejengkal

+

Juga Cawan vantage ni



=
Sepasang RM1 (Kotak+Cawan)

Murah tak?Murah kan.


Sekarang zaman vantage kot
Tapi harga dia sangat murah

Kiranya memang muatlah letak cawan tu dalam kotak, siap ada ruang lebih. Bolehlah letak muffin ke gula-gula ke. Bergantunglah ya. Hee.
Aha, kualiti kotak tu tinggi tau. Kertas licin dan keras.




Kedai ni pun boleh terus hiaskan dulang kita tanpa sebarang bayaran tambahan asalkan beli barang dari kedai dia. Kalau berminat, bolehlah jenguk-jenguk dan buat perbezaan harga di sini.


Oh yea, untuk lokasi sebenar kedai, boleh KLIK sini ya.

 Have a nice day!

~200 blog!~


Salam semua.
Saja join segmen ni.
Link nya di SINI.

Tata

Thursday, December 23, 2010

~Awas! Kicap Kipas Udang Tiruan~


Salam Readers!

Sapa suka makan kicap angkat tangan! Wohoo...rugi ooo tak suka. Ekeke.
Kicap ada banyak jenis, tapi semua tak boleh lawan kesedapan kicap kipas udang keluaran Zara Foofstuff Industries. Tapi sila hati-hati lah ya sebab sekarang ada yang tiruan. Ish ish ish. Tak baik betullah diorang ni.
So please beware ya.



Monday, December 20, 2010

~Kedai jual barang kawen murah~


Salam readers!

 Nak cerita sikit pasal kedai murah-murah ni. Hehe. Buat si budget ciput berselera besar. So kita kena lah selalu survey menyurvey untuk dapat kepuasan dengan berbaloi-baloi. Hobi ni dah start masa nak tunang dulu, jadi dah tau la jugak kedai mana yang menarik di jiwa, tapi memberi impak yang maksimum.

Ok, ada 3 kedai best dekat KL ni.
Dua di Semua House, satu di Chow Kit.
Details?


Ups, nanti sambung lagi ye. 
Tata

Thursday, December 16, 2010

~Kedai Kad Kahwin~



Salam readers!

Walaupun zaman semakin canggih, ada FB, Twitter, mahupun email sebagai medium untuk sampaikan walimah urus, tp cara konvesional iaitu bagi kad kahwin masih penting. Ianya lebih praktikal sebab in a way yang pasangan dan keluarga betul-betul beriya nak ajak tetamu. Macam lebih tulus ikhlas walaupun hakikatnya kena spend sikit untuk buat kad. 


So, saja nak share kedai kad kahwin murah ni.

.


Dekat mana?
Dekat Pertama Kompleks, Jalan TAR. Alah yang tepi Sogo tu. Hee.
Nombor kedai G91.



Nama kedai dia Photo Care Centre.

Setelah survey menyurvey di KL, bolehlah nak suggestkan kedai buat kad kahwin ni pada b2b yang berbudget sederhana. Boleh beli 100pc ke atas.
Layanan pun agak baik.


Sedikit tips:


1. Buatlah 2 pihak terus dalam satu kad bagi jimatkan kos
2. Siapkan map awal-awal
2. Bila dah dapat tarikh, jangan terlalu lambat buat tempahan sebab lama juga proses editing
3. Nak tawaran lagi murah? Pergilah pameran pengantin, sebab masa tu tawaran hebat betul. Cuma pening pula nak buat pilihan tengok ramai-ramai orang. Huhu. Biasanya buat 1000pc, dapat potongan harga kad, siap free bunting, kad kecik yang tulis terima kasih-boleh letak kat goodie bag 


Itu saja setakat ni, next entry nanti pasal kedai kahwin murah.
Tunggu....



Wednesday, December 15, 2010

~Apa kata Survey?~

Salam readers!

Jom join survey ini jom. 


Orait, jawapan surveyku seperti berikut.
1. a
2. g
3. d
4. a
5. b
6. e
7. i
8. c
9. c
10. c
11. f


Nak tau soalan-soalannya? Klik sini ye.


Jawab saja...

Tata

Monday, December 13, 2010

~Kami Merayu~

image

Salam readers!

Ni segmen kempen Kami Merayu anjuran Ben Ashaari.

Pengalaman? Ada ayah dan adik bradik yang tidak merokok buat kita amat tak selesa bila berada dalam kepulan asap rokok. Rimas sekali. Sesak nafas. Aish. Tak selesa langsunglah.
Aha dulu masa dekat uni, nak beli burger, adalah mamat ni merokok sewenang-wenangnya, kita pun buat sign mengipas-ngipas angin rokok tu sambil tutup hidung. Nasib faham. Terus dia campak rokok tu sambil genyeh-genyeh dengan kasut matikan api. Ke sebab ada awek dia kat sebelah? Yang pasti, sikap ni perlu ada sebab tak eloklah smoking di public. Asap untuk orang  yang menghidu lagi 2 kali ganda bahayanya jika dihidu kan. Jadi jangan babitkan orang lain ye.



Merokok memang amalan kurang mulia. Ibarat menempah nama untuk mati dengan lebih cepat.
So please, kepada sesiapa yang merokok tu, cuba fikir-fikirkan apa yang ada dalam rokok ye.

rokok
(Sumber: Prof Dzulkifli Abdul Razak, USM)


Macam-macam bahan kimia tau. Tengok asap yang keluar tu sudahlah, hitam berjelaga. Cuba kumpul asap tu dalam botol (ibarat paru-paru kita). Sedih kan.

Insaf tak? Hehe. 
Kepada smokers, kurangkan dan cuba jangan langsung ambil rokok ye.
Cuba aktiviti yang sihat untuk gantikan amalan yang tidak berfaedah dan membakar duit serta nyawa anda sendiri. 

Kepada pihak kerajaan... mahalkan lagi rokok ni boleh?
Pastu saman je diorang ni. Haha. Kejam tak.
Untuk keamanan sejagat juga.

Tata.