Click for BEST OFFERS

Followers

Sunday, November 28, 2010

~Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun~

Salam readers!
Nak share cerita ini. Jom sama-sama baca. (sumber: Blog Nya Mas Ruli)

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,

~Dina Halim Bridal Boutique Online Contest-Dari Mata Jatuh ke Hati~

Salam readers!


Ni contest kawen-kawen dari Dina Halim Bridal Boutique.
Bestnya.






Sebelum tu, nak cerita sikit pasal butik ni.

Merupakan butik pengantin yang mengetengahkan pakaian muslimah.
Menyediakan perkhidmatan lengkap dari pelbagai jenis pelamin, baju nikah dan sanding, dekorasi dewan, sehinggalah fotografi. 


Cara nak hubungi?
Kak Nad baru berpindah, alamatnya seperti berikut.
No. 121-2, Jalan Prima Sg 5, Prima Sri Gombak, Batu Caves
012-3445672
012-6509550




Berbalik pada contest yang dinyatakan td, syarat-syaratnya di sini.

Gambar ini merujuk kepada "kami" di hari pertunangan pada 25 September lalu. Bahagianya rasa. 

(uppz, pix da diremove)


Ok, mari ikuti kisah percintaan kami... 

Kisah ini terjadi kurang sepuluh tahun dahulu. Kami sebaya. Sekolah kami berbeza tapi masih di daerah yang sama. Si dia merupakan anak murid kepada kakak saya. Ehe. Saya sendiri tidak pasti apa yang telah kakak saya sampaikan pada kelasnya berkaitan saya.  Kisahnya bermula bila si dia mendengar nama saya buat pertama kali dari bibir gurunya itu. Aneh.  Sebabnya orang lain cinta pandang pertama tatkala pertemuan pertama, tapi kali ini hanya kerana nama, belum bertemu tuannya. Rasa di jiwa si dia meronta-ronta untuk mengenal diri ini lebih dekat lagi. Semangat inkuairi betul-betul kuat.

Misi pencarian mengenali saya dilakukan dengan susah payah. Bagaimana? Dia ligat memikirkan cara untuk mendekati saya. Eh, kenal pun belum, agak-agak macamana ye nak dekat? Hehe. Alkisah, misi itu seakan-akan hampir berjaya bila dia jumpa kawan sekelas saya semasa sama-sama menyertai kem kepimpinan yang turut dihadiri oleh wakil-wakil pelajar sekolah sekitar daerah kami. Momen ini pastinya beliau tak dapat lepaskan. Yes yes! Terus tanya email address saya.

Hati girang dan tak sabar menantikan email berbalas. Rupa-rupanya kawan saya bagi email yang salah padanya, mungkin tertinggal underscore “_”. Haish. Patutla mesej tak sampai. Dia tak putus harapan. Terus reka-reka email yang berhampiran @ agak logik untuk email saya. Luckyly, he got it! Wee. Oh, sungguh berusahanya dia.

Then, bermulalah kisah kami berbalas-balas email, chatting. Balik sekolah terus campak beg, buka komputer. Hehe stokin, tudung  pun tak sempat nak buka. Fenomena ini sangat dasyat. Bil internet melambung. Kena potong. Resah. Gundah gulana. Pergi cc pula cari alternatif. Tapi tak boleh seaktif dulu. Jadi, mula berjinak-jinak guna telefon rumah pula. Curi-curi. Almaklumlah masa dulu hp belum meluas selain saya memag sudah di warning awal-awal dengan parent supaya fokus dalam pelajaran.

Akhirnya setelah email berbalas, chatting siang malam, dan tuition sama tapi tak bertegur siapa, akhirnya pertemuan setentang empat mata dibuat di stesen teksi. Itupun helah si dia sebab mahu pinjam cd Microsoft selepas habis kelas tuisyen. Walaupun sering berinteraksi melalui siber, pertemuan ini benar-benar buat jantung saya berdetik lebih pantas. Berpeluh-peluh. Oh ya, ibarat rama-rama berterbangan penuh perut. Sangat dasyat. Pertemuan itu juga buat saya berada di alam mimpi. Terawang-awang. Sungguh indah. Mengasyikkan. Detik itu, saya benar-benar rasakan si dia jodoh saya untuk selama-lamanya. Sejujurnya, tiada kata yang dapat mengungkapkan rasa cinta pandang pertama tersebut

Ok, kami berkawan dan bercinta, tempuh SPM, sehinggalah masing-masing ditawarkan ke matrik yang berbeza. Seorang di selatan, seorang di timur. Hidup diteruskan lagi. Selepas matrik, kami sekali terpisah. Masing-masing meneruskan pengajian di dua universiti yang jauh. Awalnya semua ok, tapi lama-kelamaan hubungan kami jadi tegang dan akhirnya terputus.

Selepas degree, kami terus sambung pengajian lagi. Kerana ego, masing-masing tidak mahu kalah. Walhal, kedua-duanya amat perit melalui saat-saat itu. Masa itu, saya benar-benar pasrah. Mengadu pada Ilahi kerana pasti Dia yang berkuasa mengatur cinta kami. Doa dan solat sunat tak putus-putus dibuat. Saya cuma minta, andai dia bukan jodoh saya,saya redha. Tetapi kalau dia jodoh saya, bakal suami saya, bakal bapa kepada anak-anak saya, yaAllah, tolonglah pertemukan saya dengan bapanya di dalam komuter. Itulah doa saya hari-hari, juga di dalam solat istikharah dan hajat. Ya komuter, dan mahu bertemu bapanya. Bukan dia. Saya sendiri tak pasti kenapa saya minta petunjuk itu. Hehe. Oh ya, untuk makluman, sebelum itu saya memang belum pernah bertemu bapanya, sekadar melihat di foto keluarganya sahaja.

Di suatu petang yang sibuk di stesen KL Sentral, suatu keajaiban berlaku bila saya benar-benar terjumpa ayahnya setelah masuk di dalam kesesakan ruang gerabak komuter. Sungguh! Saya benar-benar menggigil tika itu. Hampir pengsan. Namun, tidak pula pasti kuasa apa yang menggerakkan saya untuk menegurnya. Yang kelakar, pakcik pula yang bagi tempat duduknya pada saya. Adui. Inilah maksudnya terkejut beruk.

Bermula dari situ, kami mula berbaik-baik semula. Kejadian itu buat saya benar-benar yakin tentang cinta ini. Dia cinta pertama saya dan saya cinta pertama dia, juga mengharapkan untuk selama-lamaya. Dan kini, sudah masuk tiga bulan usia pertunangan kami setelah hampir 10 tahun perkenalan. Semoga dipermudahkan perjalanan menuju ke hari bahagia.

Yeah, itulah kisah cinta kami. Doakan kebahagiaan kami ye!



Aha, berapa lama hubungan kami?

Kami kenal sejak Ogos 2001. Maka, sudah 9 tahun 4 bulan sehingga entri ini ditulis. Semoga kekal selamanya...Amiin.



Cantiknya pelamin dari Dina Halim Bridal Boutique...

Dalam banyak-banyak, pelamin di bawah adalah perfectly pelamin idaman saya. Aduh, memang ini pelamin yang dok bermain-main di fikiran dan saya angan-angankan. Rona purple-pink memang jadi pilihan hati. Pelamin 5 panel dengan rimbunan bunga hidup memang tampak ekslusif. Eh ke bunga artifisial ya tu? Nampak real dengan kombinasi warna yang sangat manis. Menaikkan seri pengantin. Cantik dan segar ibarat di taman bunga biarpun berlangsung di dewan indah. Rekabentuk pelamin yang kontemporari ini tampak elegan dan sangat ekslusif apabila dihiasi dengan bunga-bungaan dan dedaunan, memperlihatkan perekanya sangat bijak memaksimumkan kreativiti. Kerusi pelamin juga sangat ideal dan ringkas namun berjaya memberi impak yang menarik. Cooop! Saya nak yang ini. Really-really adore it.


Mode: Ini serius! Nampak diri sendiri serta encik tunang atas pelamin dalam gambar. Hehe.




Oh ye, pelamin dah pasti memang cantik, tapi pesonanya bertambah-tambah terserlah bila Sebumbung Fotografik yang shot foto ini bagi mengabadikan momen terindah yang pasti dikenang sampai bila-bila, terpatri dalam jiwa ini. Mengagumkan! Love Love Love! 

Saturday, November 27, 2010

~Roda Warna~

Hye readers!

Just wanna share with you guys on how to choose a right combination colors for your hantaran @ big day or even for your colour guideline in painting for your house.

This is quite interesting.



First, look at this colour wheel.


The colour wheel is a circular arrangement of the spectrum that illustrates the relationship between colors.

Color Wheel
(source: Kryolan)


There are four types oh choices on how to combine it
.
1. Monochromatic
= "mono" = one colour

monochromatic color scheme

2.Analogous
= choose one of your favorite color and two colours adjecent on either side of the colour wheel

Analogous Color Scheme

3. Complementary
= colours opposite each other on the wheel

Complementary Color Scheme

4. Triadic
= "tri=three"
combination of any three colours that are an equal distance from each other on the colour wheel

Triadic Color Scheme


Try yourself!



Sunday, November 21, 2010

~Foto By Razali : Wedding Photography Giveaway contest~

Salam readers!

Ini ada contest lagi tau.
Wedding Photography Giveaway Contest daripada Foto by Razali.

Untuk syarat -syarat penyertaan, sila klik di sini.








Ok, setelah berjalan-jalan melihat-lihat gambar untuk dipilih, saya jadi rambang mata.
Rasa semua cantik-cantik.
Sampai nak pilih semua.
Adui.
Leka melayan dan menikmati kesemua foto tersebut.





Ok, setelah diteliti, saya memilih gambar di bawah.
Mengapa?


Sebab keunikannya.

Imej terfokus pada pasangan pengantin yang kegirangan di tengah jalan, tanpa memikirkan lalu lintas kerana terlampau teruja dengan status baru mereka.

Kebahagiaan mereka sangat tulus, lahir dari hati yang penuh cinta.


Mode: Dunia ini kami yang punya!


Gambar ini nampak mahal tau.

Tak nampak pelik seperti sesetengah yang diedit dengan dasyat.

Sangat natural.

Saya suka!

Betullah, gambar menceritakan segalanya

Tiada kata dapat menggambarkan perasaan dan ekspresi tika itu.

Indah sekali.


Selain itu,  kualiti gambar adalah sangat tinggi, sehingga menghasilkan gambar yang superb.

Kualiti gambar juga sangat baik dan mempamerkan tahap keprofesionalan jurugambar dari skill terpamer di gambar tersebut. 




Amaran!

Pemilihan photographer yang terbaik sangatlah mustahak di sebabkan peruntukan wang yang agak besar perlu dibuat. Sudah pasti harapan dan impian kita untuk melihat hasil yang berimpak tinggi.

Cuba beri sesiapa sahaja kamera mahal, canggih dengan lensa dan spesifikasi yang sama, namun hasil capture mereka pasti tidak akan sama kerana masing-masing mempunyai skill serta perspektif tersendiri. Melihatkan portfolio gambar-gambar di sini membuatkan saya rasa yang pemilihan Foto by Razali adalah pilihan yang tepat untuk mengabadikan momen-momen indah kita.


Betul tak? Betul kan. Hehe.


Oh ya, apa yang dizahirkan di sini adalah lahir dari hati, hanya insan biasa yang tidak mendalami ilmu kamera, apabila mata rasa sedap dan leka melayani setiap gambar yang dicapture by Encik Razali sehingga tak dapat bagi yang mana yang paling suka, sahlah penangan lensa kamera beliau sangat hebat! Serius, semua gambar saya suka!

Good luck!

Saturday, November 20, 2010

~Urban Vibe Online Contest - Edisi Ke-2 (Persandingan 'Real Wedding')~

Salam readers!

Pernah pergi Pameran Pengantin Malaysia?
Untuk pengetahuan semua, tak lama lagi  akan diadakan Pameran Pengantin Malaysia.

Bakal pengantin amat sesuai pergi di sini tau
Macam-macam ada

Perancang perkahwinan, butik-butik pengantin, pusat kecantikan dan kesihatan, perhiasan dan aksesori, hadian dan cenderamata, fesyen dan bunga-bungaan, hotel dan restaurant, pakej bulan madu, spa, perabot-perabot, katering, kad jemputan kawen, pereka fesyen, kek perkahwinan, fotografi, juga videografi.




Maklumat lanjut adalah seperti berikut ya.

Penganjur: Urban Vibe Event
Lokasi: Ampang Point Shopping Centre
Tarikh: 7-9 Januari 2011


Logo rasmi pihak penganjur

Logo rasmi Pameran Pengantin Malaysia





Sekarang ada contest lagi tau. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.



Ok, jom tengok gambar
(ups, semua gambar dah di padam)

Kepada sesiapa yang tak dapat hadir pameran ni, ada lagi tau untuk akan datang.

Butir-butir adalah seperti berikut:

Penganjur: Urban Vibe Event
Lokasi: Ruang legar, PWTC
Tarikh: 1-3 April 2011


Maklumat lebih lanjut bolehlah lawat di sini ya.


Jom pergi!

~Ministry of Moment : Just Like contest~

Salam readers!
My next contest is Ministry of moment: Just Like Contest.
Terima kasih pada Puan Roe sebab bagitahu tentang contest ini.

Jadi, mari mencuba nasib sekali lagi untuk kali ini. Hehe.


Nak tahu apa hadiah yang menanti?
FREE photography package worth RM2,000
(inclusive of an album)

Perghh, dasyat kan? Semoga saya menang kali ini. Hehe


Mau sertai bersama?
Jom klik di sini untuk ketahui syarat-syarat lebih lanjut.




Di bawah ini merupakan foto yang menambat hati saya dalam




Mengapa?


Sebab utama ialah saya nampak dalam foto tersebut adalah imej saya yang menawan dan mengagumkan serta encik tunang yang kacak bergaya di sisi (maaf Puan Roe dan Encik Bud...hehe) di hadapan masjid selesai majlis akad nikah.

Sungguh. Imej ini benar-benar memaparkan perasaan sebenar pasangan tersebut.

Amat gembira. Teruja.

Lega sekali selepas selesai menyempurnakan majlis akad nikah.

Bersyukur setelah ijab qabul, melafaz ikrar pernikahan.

Kini, tanda terpatrilah cinta sebagai suami isteri.

Peluk-peluk pun tak apa, dah sah. Hehe.

Perasaan yang tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata dan hanya gambar mampu menterjemahkannya. 

Ekspresi pengantin adalah spontan dan lahir tulus dari hati. Kiranya tidak perlulah berdrama. Hehe.

Namun tidak semua fotographer mampu mengcapture momen indah ini dalam keadaan baik.
Dalam gambar ini, saya dapat bayangkan si photographer tengah meniarap di kaki tangga bagi menghasilkan shot yang terbaik. Bersungguh-sungguh, penuh semangat dan kesabaran. Betul tak? Hehe.


Yang pasti, momen indah ini pasti saya tunggu tidak lama lagi.
Amiin...




Patutla ARTIS pun ambil khidmat mereka. Siapa? Umie Aida tau!
Hee.


WOW! Gorgeous shot!


Juga ini.


Eh, dah habis?




Belum...ni nak creditkan nama-nama photographer dan designer MOM.

Photographer:
1. Shafiq Akmal (Sapex)
2. Syahir Ismail
3. Arief Ahmad
4. Carlos Nizam

Designer:
1. Arief Ahmad
2. Carlos Nizam
4. Omar Farid
5. Shafiq Akmal



Saya betul-betul harap saya akan menang.

Sebab setelah dibelek-belek, gambar-gambar hasil dari Ministry of Moment semuanya dasyat-dasyat dan menghasilkan momentum yang hebat. Tahniah ya!


Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah contact
03 9171 0707
ministryofmoment@gmail.com (mereka sangat friendly)
6-3A Velodrome Biz Park, Jalan Dataran Velodrome 56000 Kuala Lumpur
~They specialist in wedding, potraits and travel photography~






Jeng jeng jeng...






Ini maklumat yang baru kami terima
(ecece macam Buletin Utama tak?ehee)

 Presiden Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG) pun dah hire MOM selama lima hari di Jakarta tau.

Bro Omar Farid Roslee, Ahnaf Shah B dan Shafiq Akmal telah ke sana bagi menjayakan misi tersebut.



Peeeewitt =p

 Semoga MOM terus berjaya, rezeki melimpah-limpah, tersohor dan makin kaya! Amiin.


Friday, November 19, 2010

~Lollicraft ::Name The Monster GiveAway~

Salam guys!

Haha seronok pulak layan contest malam-malam ini


Next contest is....

Jeng jeng jeng





Dark pink+purple I namakan as Chika

while

Baby pink+blue as Chillo


Mereka sangat kiut dan seperti adik beradik juga bersaudara. Haha mulala nak mengarut tu.

Okey geng, untuk syarat penyertaan, sila rujuk link ini ye.


Jom sertai sebelum 12 Disember 2010

Mari ramai-ramai

Tata

~"GENG CONTEST TERMASYUK GIVE AWAY"~

Salam readers =)

Haih..semenjak dua menjak ni terajin pulak nak join contest-contest di blog-blog berhampiran...


So, my next contest is 



Senang sahaja


1. jadi follower kat blog ni or miss nadd (mane2 pun ley)

2. buat satu  entry mengenai "GENG CONTEST TERMASYUK GIVE AWAY" 
& copy banner

3.tinggalkan link penyertaan anda 



Cepat tau sebab due datenya on 5 Disember 2010


Yang bestnya, contest ni bertemakan cabutan bertuah. So harap-harap bertuahlah kali ni.
Hehe

Tata

Thursday, November 18, 2010

~CERITA KREATIF BEN ASHAARI : BLOGGER KERING IDEA ?~

eh ada lg ke contest ni?
saje je blogwalking...dan terjumpa contest ni dari blog Ben Ashaari.
so lets try =)



Pada suatu hari.....

image
aishh...bosannya hari ni....nak buat apa ye?




image

oh ok...mari kita jadi burger!Haha

image
Opss...alamak...tak lawak juga eh??



Baiklah, nak makan watermelon lah. Berkhasiat lagi sihat..Kita mulakan dari tengahlah.
Alah,dah kenyang. Tapi belum happy. Boring lagi. Em...


image
Yeay!! Jom berhiburlah pula.
Jenggg jengg...aduss tak sedap la pulak saya main guitar ni.
Hancur....ni piching memang lari abis. Suara pun tak sedap.


image

Aha...ni barulah best. Nasib baik papa saya bawa jalan-jalan pergi supermarket. Bestnye...
Wah ini betul-betul best ni.Saya terjumpa budak kecil yang comel ya amat. Eheh.Upss sebaya saya rupanya lah.Dia bagi respond baik.Si comel kata saya handsome lah.


image

Okey. Saya pasti sekarang yang saya sangat happy.Yeeeeevaaa...Seronoknya rasa ini. Berbunga bunga cinta.
Si comel ajak saya kawenlah.Hehe



Amacam orait tak cerita ni?Sesuai dengan konsep blog kawen ini.Hehe